KUALA KUBU BHARU: Kuala Kubu Bharu, yang terletak di daerah Hulu Selangor, semalam diisytiharkan sebagai wilayah Central Forest Spine (CFS).
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Hulu Selangor merupakan kawasan yang bersambung dengan Banjaran Titiwangsa iaitu berhampiran Perak serta Pahang dan ini menjadikan lokasi itu wajar diisytihar sebagai CFS bagi Selangor.
"Walaupun Selangor dianggap sebagai 'Secondary Linkages' kepada kawasan induk (CFS) tetapi ia (hutan) masih perlu dikekalkan," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa dan Pengisytiharan Wilayah CFS Peringkat Negeri Selangor di Taman Millenium semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) Datuk Mohd Ridza Awang.
CFS diwujud bagi mengekalkan kawasan berhutan untuk pemeliharaan dan pemulihan biodiversiti menerusi penyambungan empat kompleks hutan utama di Semenanjung Malaysia iaitu Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Banjaran Nakawan, Taman Negara-Banjaran Timur, Tanah Lembap Pahang Tenggara, Tasik Chini dan Tasik Bera serta Taman Negara Endau Rompin-Rizab Hidupan Liar Kluang.
Ketika ini, dalam konteks CFS di Selangor, hanya satu koridor Secondary Linkages yang terlibat iaitu koridor ekologi merangkumi HSK Raja Musa-HSK Bukit Tarek-HSK Gading.
Amirudin berkata pengisytiharan wilayah CFS itu juga amat penting untuk menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pemeliharaan koridor ekologi di Selangor.
"Komitmen kita semua di peringkat negeri ini akan berupaya memberi impak kepada agenda negara dalam menangani isu pencemaran alam sekitar, pemanasan global, perubahan iklim dan bencana alam," katanya.
Mohd Ridza pula berkata JPSM selaku Pengerusi bagi Jawatankuasa Teknikal Nasional Pelaksanaan CFS dan urus setia bagi Jawatankuasa Pemandu Nasional Pelaksanaan CFS akan berusaha memastikan sebahagian peruntukan di peringkat Persekutuan turut disalur kepada Selangor sebagai pemangkin kepada pelaksanaan program yang dirancang.
Beliau berkata JPSM telah menyalurkan RM512,000 kepada negeri itu melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sejak 2018 bagi pelaksanaan program di bawah skop projek pengurusan dan pembangunan CFS.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
![Kuala Kubu Bharu diisytihar wilayah Central Forest Spine Kuala Kubu Bharu diisytihar wilayah Central Forest Spine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636666246_TBAmirudinShari.jpg)
Amirudin (tiga, kiri) menyempurnakan majlis Perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa dan Pengisytiharan Wilayah CFS Peringkat Negeri Selangor di Taman Millenium, Kuala Kubu Bharu, 11 Nov, 2021. --fotoBERNAMA
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 8 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua terkorban dalam nahas pesawat di Sao Paulo
Dua terbunuh, manakala enam yang lain disahkan cedera dalam nahas pesawat yang terhempas di Sao Paulo, Brazil. Pesawat yang terhempas seperti yang disahkan pihak berkuasa tempatan dalam kenyataan pada Jumaat, merupakan jenis Beech F90 King Air.
![Kuala Kubu Bharu diisytihar wilayah Central Forest Spine Kuala Kubu Bharu diisytihar wilayah Central Forest Spine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636666246_TBAmirudinShari.jpg)
Kuala Kubu Bharu diisytihar wilayah Central Forest Spine
Kawasan HSK di Hulu Selangor bersambung dengan Banjaran Titiwangsa dan ini menjadikannya wajar diisytihar sebagai CFS bagi Selangor.