Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) menyasarkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai kawasan bebas daripada pembuangan sampah haram menjelang hujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ab Rahim Md Noor berkata, buat masa ini, PPSPPA telah mengenalpasti kira-kira 140 kawasan pembuangan sampah haram di Kuala Lumpur.
"Perbadanan akan menggunakan pendekatan 'Bersih, Meletakkan Amaran dan Kawalan' bagi mencapai sasaran ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Transformasi Minda Masyarakat anjuran PPSPPA di sini Selasa.
Beliau berkata pendekatan itu terbukti berkesan dan dalam tempoh dua bulan sahaja pihaknya berjaya menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri sifar sampah haram.
Katanya sehubungan itu masyarakat perlu mengubah persepsi mereka terhadap penjagaan alam sekitar.
"Perubahan sikap, mentaliti dan tanggungjawab perlu diterapkan didalam jiwa setiap individu supaya matlamat ke arah peningkatan kualiti alam sekitar dapat dicapai," katanya.
Bengkel ini merupakan sebahagian daripada program dibawah Pelan Strategik PPSPPA 2014-2020 yang dirangka bagi mencapai visinya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang sentiasa bersih dan sejahtera menjelang 2020.
Ab Rahim berkata bengkel itu disertai 45 pakar dari pelbagai bidang antaranya dalam pengurusan sisa pepejal, kitar semula dan dalam bidang sosial.
"Diharap bengkel ini akan dapat mengupas kelemahan dari kempen-kempen terdahulu dan mewujudkan satu kaedah penyampaian kempen yang lebih berkesan selain memperkasakan pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang," katanya.
Bengkel itu juga adalah pertama seumpamanya diadakan di Malaysia bagi tujuan mengubah minda masyarakat kepada minda kelas pertama.
Bernama
Tue Apr 29 2014

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) telah mengenalpasti kira-kira 140 kawasan pembuangan sampah haram di Kuala Lumpur.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

JDT, Selangor, Terengganu, KL dibenar daftar 12 pemain asing - MFL
Kelab Liga Malaysia (Liga-M) bersaing di peringkat Asia dibenarkan mendaftar maksimum 12 pemain asing berbanding 10 sebelum ini.

KL tersenarai dalam lonjakan 10 terbesar indeks daya huni - Kajian EIU
Kuala Lumpur tersenarai dalam kalangan 10 bandar di seluruh dunia yang merekodkan lonjakan terbesar dalam indeks daya huni global 2023.

Peniaga, penjaja di KL digesa mohon lesen perniagaan sebelum 31 Dis
DBKL akan melaksanakan program pemutihan lesen perniagaan bermula 1 Januari tahun depan dan tiada sebarang kompromi selepas tempoh itu.

Istana Negara, bangunan ikonik sekitar KL bersolidariti nyalakan cahaya jingga malam ini
Sinaran cahaya jingga menerangi tiga lokasi strategik di sekitar Istana Negara bermula 8 hingga 10 malam iaitu Pintu Gerbang Utama, Dataran Kawad dan Kubah Anjung Utama.

Paip pecah, 15 kawasan di KL akan alami gangguan bekalan air
Sebanyak 15 kawasan di sekitar ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Rumah Pam Pudu Ulu Baru, Taman Pertama di sini hari ini..

Pemantauan SOP di lokasi tumpuan awam di KL, Putrajaya ditingkatkan - Shahidan
Pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di lokasi tumpuan awam ditingkatkan susulan peralihan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), pada 10 Sept lepas.

PKPD: Ini perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan
Maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN di https://www.mkn.gov.my.

PKPD di 14 lokaliti Kuala Lumpur, 8 daerah dan 34 mukim di Selangor mulai 3 Julai
Arahan PKPD berkuat kuasa 3 hingga 16 Julai 2021.

Enam lokaliti di KL dan Sabah dikenakan PKPD
PKPD ini dilaksanakan bagi memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan.

Sasaran 80 peratus penduduk KL, Putrajaya divaksinasi seawal Ogos akan dicapai - Annuar
Kerajaan yakin sasaran untuk memvaksin 80 peratus penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya sekali gus mencapai imuniti kelompok lebih awal.