Aktiviti manusia sekitar TasikTimah Tasoh seperti aktiviti perindustrian, pertanian, kuari dan perbandaran menyumbang kepada perubahan kualiti air dan alam sekitar di tasik buatan manusia yang terletak kira-kira 17 km dari bandar Kangar ini.
Walaupun tahap pencemaran air dan alam sekitar di tadahan air itu tidak terlalu serius ketika ini, ia dikhuatiri akan bertambah buruk sekiranya tiada usaha tegas dilakukan pihak berkuasa bagi memelihara kawasan yang menjadi nadi kepada pembangunan pertanian bersepadu, di samping menyumbang kepada kawalan banjir di sini.
Tinjuan Bernama mendapati sikap tidak bertanggung jawab sesetengah pengunjung membuang sampah ke dalam air dan pinggir tasik bukan hanya mencacatkan mata memandang, malah boleh menyumbang kepada kepada pencemaran air dan alam sekitar yang lebih serius.
Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Prof Dr Ahmad Ismail berkata kajian yang dilakukan mendapati bahawa berlaku penurunan kualiti air di empangan Timah Tasoh, yang boleh memberikan kesan kepada populasi dan kualiti haiwan bentos yang menjadi makanan burung air termasuk burung-burung hijrah.
"Pencemaran bahan kimia seperti racun perosak juga boleh menurunkan kualiti air tasik dan boleh berkumpul dalam badan haiwan 'bentos' (haiwan di dasar tasik) dan seterusnya boleh masuk ke dalam sistem jaringan makanan termasuk burung hijrah," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata burung-burung berhijrah singgah di tasik Timah Tasoh semasa musim sejuk di hemisfera utara antara bulan Oktober hingga Mac setiap tahun, dan habitat di sini menyediakan makanan dan tempat tinggal sementara untuk burung berhijrah.
Menurutnya kesesuaian Tasik Timah Tasoh ini sebagai habitat burung telah mendorong badan antarabangsa BirdLife International mengiktiraf kawasan ini sebagai tempat penting bagi burung-burung atau kepelbagaian biologi.
"Sebanyak 135 hingga 145 spesies burung-burung pernah direkodkan di tasik Timah Tasoh. Ini menjadikannya sebagai tarikan peminat burung dan ahli fotografi yang penting," katanya dan menambah tasik Timah Tasoh terletak dalam laluan EAAF (East Asian Australasian Flyway) iaitu salah satu laluan hijrah penting daripada lapan laluan di dunia.
Sementara itu seorang nelayan darat tasik Timah Tasoh yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Non berkata tasik itu mula dicemari sampah sarap sejak tiga tahun lalu apabila pengunjung yang datang berkelah dan memancing membuang sampah sesuka hati.
"Kami komuniti nelayan darat menganjurkan gotong royong bagi menjaga kebersihan di sini, namun pagi ini bersihkan pinggir tasik, tak sampai petang sampah sudah penuh, menyebabkan kadang-kadang saya rasakan tidak berbaloi, dengan penat," katanya yang mula mencari rezeki memukat ikan kawasan sini sejak 10 tahun lepas.
Beliau berharap pihak berkuasa mengambil langkah mendidik masyarakat agar lebih bertanggung jawab dan menjaga kebersihan di sekitar tasik sebelum terlambat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 02 2020

Pihak berkuasa diharap mengambil langkah mendidik masyarakat agar lebih bertanggung jawab dan menjaga kebersihan di sekitar Tasik Timah Tasoh sebelum terlambat. - Gambar fail

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Ahmad Ismail berusia 71 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang pada pukul 2 petang tadi.

NGO saran Hutan Simpan Tanjung Tuan dijadikan hutan pelancongan, pendidikan
Hutan seluas 607,000 meter persegi itu telah diiktiraf sebagai kawasan penting burung dan kepelbagaian biologi, selain sebagai tempat penting burung pemangsa oleh pertubuhan antarabangsa.

Cabaran getir menanti presiden baharu PSM
12 Februari ini seluruh ahli gabungan PSM kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sarawak akan memilih kepimpinan baharu.

Tok Mat tinggalkan kerusi nombor satu Pulau Pinang
Dia mengundur diri bagi mengelak sebarang konflik memandangkan sudah meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia, 4 Jun lalu.

Penyingkiran PSM kekal - ASTAF
Keputusan itu akan disampaikan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan bersesuaian mengikut perundangan Malaysia.

Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.

ASTAF tambah penggantungan Tok Mat
Kini beliau perlu jalani hukuman penggantungan selama 17 tahun bermula 6 Mei 2021.

PSS persatuan terbaru keluar PSM
PSS merupakan persatuan ketiga mengambil tindakan itu selepas Gabungan Sepak Takraw Kelantan dan Persatuan Sepak Takraw Johor.

Tok Mat digantung 15 tahun, diberikan tempoh 14 hari untuk merayu
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail digantung selama 15 tahun mulai esok oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) hari ini.

Tiada jawapan, ASTAF anggap Ahmad tidak minat bela diri
Abdul Halim berharap Ahmad dapat memberi kerjasama menghadiri prosiding tatatertib hari ini untuk menentukan status dan kedudukannya.