SEREMBAN: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menyifatkan kualiti kewartawanan negara hari ini amat baik.
Menurutnya, ia suatu perkembangan yang membanggakan dan ia jelas ditunjukkan dengan kedudukan Malaysia pada tangga ke-73 dalam indeks World Press Freedom 2023 yang dikeluarkan pertubuhan Reporters Without Borders baru-baru ini.
"Ia bukan sahaja mewajahkan dunia kewartawanan yang ikhlas, bersih, tepat dan berani buat bidang media di Malaysia, malah kita semua selaku penduduk negara ini dan pengguna bahan-bahan media amat bangga dengan kedudukan tersebut.
"Apatah lagi saya difahamkan, ini merupakan kedudukan tertinggi yang belum pernah dicapai Malaysia sebelum ini," katanya di akaun media sosialnya pada Isnin.
Ujarnya, tanpa fungsi dan kewujudan para pengamal media ini, laporan dan informasi yang terkini dan sahih tidak dapat diberikan kepada rakyat yang memerlukan berita penuh komprehensif.
"Saya ucap terima kasih buat para wira yang tidak didendang ini yang kadangkala berdepan dengan risiko yang tinggi.
"Terima kasih kepada semua rakan-rakan wartawan dan pengamal media yang banyak membantu saya secara dekat dan jauh selama ini.
" Pada kesempatan yang ada, saya ucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023, "katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 29 2023
JALALUDDIN: Terima kasih kepada semua rakan-rakan wartawan dan pengamal media yang banyak membantu saya secara dekat dan jauh selama ini. -Facebook
[TERKINI] COO syarikat konsesi mengaku tidak bersalah terima suapan RM 70,000
Ketua Pegawai Operasi sebuah konsesi lebuh raya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.73 mata kepada 1,569.00 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.
Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.
Pengguna penghalang iklan di YouTube akan menerima iklan 1 jam yang tidak boleh dilangkau
Kini video mungkin tidak akan boleh dimainkan, video akan dilambatkan, dan banyak lagi.
Op Bersepadu: Had laju Jalan Persekutuan turun 80km/j
Kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang tidak kritikal juga akan dihentikan sementara waktu agar tidak menjejaskan aliran trafik.
Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.
Oracle, Microsoft dilapor dalam perbincangan untuk ambil-alih operasi TikTok
Bytedance disasar mempunyai pegangan minoriti pada syarikat baharu TikTok, sementara Oracle uruskan algoritma, kemas kini perisian dan sebagainya.
Lebih 1,000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 migran, termasuk beberapa warga Venezuela, memulakan perjalanan dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan Labuan hingga tengah hari ini
Antara kawasan terlibat ialah Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan Rompin, Segamat dan Mersing.
Kualiti kewartawanan negara amat baik - Jalaluddin
Ujarnya, tanpa fungsi dan kewujudan para pengamal media ini, laporan dan informasi yang terkini dan sahih tidak dapat diberikan kepada rakyat yang memerlukan berita penuh komprehensif.