IPOH: Operasi mencari di tapak runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, dekat sini, ditamatkan hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penamatan itu dibuat ekoran penemuan kedua-dua jengkaut, cebisan pakaian dan tulang manusia, dipercayai milik kedua-dua mangsa yang dilaporkan hilang ketika kejadian pada 8 Mac lalu.
Beliau mengesahkan bahawa hari ini pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan rangka jengkaut yang disyaki dikendalikan oleh mangsa kedua dari timbunan batu di tempat kejadian.
“Di samping itu, pencarian di sekitar lokasi rangka jengkaut tersebut telah berjaya menemui cebisan pakaian dan tulang manusia dipercayai milik mangsa kedua yang dilaporkan hilang semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Menurutnya, cebisan pakaian dan tulang manusia itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk tujuan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti mangsa.
Beliau merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang turut serta membantu dalam operasi mencari, khususnya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), pasukan SMART, Pejabat Tanah dan Daerah Kinta, Universiti Teknologi Petronas dan pengusaha kuari.
Pada Selasa, pasukan penyelamat menemukan cebisan tulang, baju serta bangkai jengkaut di lokasi berkenaan.
Pada 8 Mac lalu, insiden runtuhan batu di tapak kuari di situ mengakibatkan dua mangsa tertimbus.
Mereka dikenali sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Sep 22 2022

Operasi mencari di tapak runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, ditamatkan hari ini.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Operasi pencarian Sabari meliputi keluasan 13 km Sungai Padang Terap
Operasi pencarian pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom,yang disyaki dicampak ke Sungai Padang Terap diteruskan.

Tragedi Everest: SAR Hawari diteruskan di kawasan ceruk, jejaki telefon bimbit
Operasi mencari dan menyelamat pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Everest, diteruskan di kawasan ceruk, selain menjejaki telefon bimbitnya.

Kuari runtuh: Cebisan pakaian, tulang disyaki milik mangsa kedua ditemui, operasi mencari ditamatkan
Operasi mencari di tapak runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, ditamatkan hari ini.

Operasi SAR cari lelaki warga emas hilang
Setakat ini mangsa belum ditemui dan difahamkan penduduk kampung turut sama membantu mencari mangsa yang hilang.

Kes bunuh: Operasi mencari mayat Eric Chang Wei ditangguh
Setakat jam 10 pagi, aset menyelamat belum lagi dapat dikeluarkan atas faktor hujan dan keadaan sungai.

Kemalangan Jambatan Tembila: Pikap ditemukan, pemandu masih hilang
Bagaimanapun pemandu kereta berkenaan Shukri Wahab, 52, masih belum ditemui.

Nelayan warga emas dikhuatiri hilang di perairan Kuala Gula
Kehilangan mangsa, seorang warga tempatan, Chng Poh Chuan, 71, disedari adik iparnya apabila mangsa tidak pulang ke rumah setelah keluar ke laut.

Pekerja kebun sayur dikhuatiri tertimbus tanah runtuh
Akhund Md Ziarul, 37, disedari hilang oleh majikannya selepas tidak pulang ke rumah kongsi yang terletak dalam kawasan kebun sayur tidak jauh dari situ.

Datuk Bandar Seoul yang dilapor hilang ditemukan mati
Mayat Park Won-Soon ditemui berhampiran kawasan pergunungan Bugak di utara negara itu, lokasi terakhir isyarat telefonnya dikesan.

Bot karam perairan Merabung: Operasi SAR tetap diteruskan walau ombak kuat
Seramai 12 anggota PPM menggunakan tiga buah bot ronda dihantar bagi menjalankan pencarian enam mangsa yang masih hilang.