IPOH: Waris Kheow Loo Siew Soon, iaitu salah seorang mangsa yang tertimbus dalam runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, di sini pada Mac lalu sudah menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada pihak hospital di Switzerland.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hasan Basri berkata, ketika ini pihak Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sedang berurusan dengan pihak terbabit bagi membawa sampel-sampel DNA berkenaan ke negara ini untuk tindakan lanjut.
“Pihak hospital di Switzerland akan berurusan dengan Jabatan Forensik HRPB untuk urusan pengambilan sampel DNA oleh ahli keluarga mangsa berkenaan.
“Jadi, ketika ini pihak HRPB sedang dalam proses untuk membawa DNA waris mangsa ke negara ini untuk diproses (bagi padanan DNA mangsa),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Selain itu beliau berkata proses pengecaman mangsa melalui padanan DNA itu berkemungkinan akan memakan sedikit masa memandangkan sampel DNA waris masih berada di luar negara.
“Siasatan pihak polis telah selesai, cuma ketika ini kita masih menunggu laporan penuh daripada pihak hospital yang mungkin akan memakan masa sedikit,” katanya.
BACA: Kuari runtuh: Polis terima sampel DNA waris Itam Lasoh
Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya juga masih menunggu laporan penuh hasil ujian DNA membabitkan waris keluarga Itam Lasoh.
Pada 22 Sept lalu, operasi mencari di tapak runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditamatkan susulan penemuan dua jengkaut, cebisan pakaian dan tulang manusia, dipercayai milik kedua-dua mangsa yang dilaporkan hilang ketika kejadian.
Pada 8 Mac lalu, insiden runtuhan batu di tapak kuari yang terletak di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu mengakibatkan dua mangsa tertimbus.
Mereka dikenali sebagai Itam, 43 tahun, dan Kheow, 49 tahun.
Amirrul Rabbani
Fri Sep 30 2022

MOHD YUSRI: Pihak hospital di Switzerland akan berurusan dengan Jabatan Forensik HRPB untuk urusan pengambilan sampel DNA. - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Tiga penagih ditahan ketika 'mass DNA screening' kes Zayn Rayyan
Tiga individu dipercayai penagih dadah ditahan pihak polis selepas mass DNA screening atau ujian DNA secara beramai-ramai dilakukan di Apartmen Idaman, Damansara Damai, dekat sini pada Ahad.

Pihak media diminta kosongkan kawasan blok rumah Zayn Rayyan
Kumpulan media tidak dibenarkan berada di sekitar kawasan perumahan kanak-kanak autistik yang mati dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartmen Idaman, Damansara Damai dekat sini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 Disember 2023.

Pembunuhan Zayn Rayyan: Forensik masuk kediaman mangsa, kumpul sampel DNA
Polis mengambil bukti dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dari rumah mangsa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 228 DNA penduduk sudah diambil
Polis sudah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) 228 penduduk Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, bagi membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Kebakaran di Hawaii, 1,100 penduduk masih gagal dikesan
Selain lebih 1,000 individu yang masih gagal dikesan, lebih 1,400 lagi yang pada asalnya dilaporkan hilang, dijumpai selamat.

Kuari Runtuh: Waris Kheow sudah serahkan sampel DNA di Switzerland - Polis
Ketika ini, Jabatan Forensik HRPB sedang berurusan dengan pihak terbabit bagi membawa sampel-sampel DNA berkenaan ke negara ini.

Nahas Terowong Menora: Mangsa dipercayai dari empat keluarga berbeza
Lima mangsa yang rentung dalam kemalangan antara treler dan kereta di KM255.3 di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora pada Sabtu dipercayai melibatkan empat keluarga berbeza.

Kebakaran tahfiz: Dua jenazah dijangka diserah kepada keluarga malam ini
Urusan identifikasi dan pengecaman telah selesai dijalankan terhadap dua jenazah itu petang tadi.

Kementerian Kesihatan ambil tindakan selanjutnya jika mayat Jong Nam tidak dituntut - Subramaniam
Kementerian Kesihatan akan membuat keputusan mengenai tindakan selanjutnya jika waris warga Korea Utara Kim Jong Nam yang dibunuh, tidak menuntut mayat selepas tempoh masa tertentu.