Idea seorang doktor untuk menghasilkan kubikel yang mampu melindungi petugas kesihatan daripada jangkitan virus COVID-19, ketika melakukan saringan pesakit menjadi kenyataan, apabila ia dipasang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, pada Ahad.
Kubikel yang dinamakan "I3S Cubicle" itu dipasang di hadapan unit kecemasan HTAA dan menurut Dr Ahmed Kamarulzaman yang mengilhamkannya, kubikel berwarna putih bernilai RM13,000 itu, mengambil masa sehari untuk disiapkan.
Beliau yang juga seorang doktor berkata, pembuatan kubikel itu bermula pada 2 April lalu di sebuah kilang di Kajang, Selangor, dan pemilihan logo I3S itu membawa maksud 'isolate' (pengasingan), 'examine' (pemeriksaan) dan 'sampling' (pensampelan).
"Idea untuk menghasilkan kubikel ini terlintas pada pertengahan bulan lalu, dengan niat mahu membantu petugas kesihatan daripada terus bimbang dengan risiko jangkitan virus itu, semasa mengambil sampel mereka yang disyaki.
"Selain itu, kekurangan peralatan perlidungan diri (PPE) yang semakin meruncing untuk petugas kesihatan juga, menyebabkan pasukan kami cuba untuk melaksanakan projek ini secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas siap pemasangan I3S Cubicle di HTAA di sini, pada Selasa.
Dr Ahmed yang memiliki klinik sendiri di Kuantan berkata, dua ruang dalam kubikel itu bagi mengasingkan petugas kesihatan dan pesakit, dan dengan itu mereka tidak berkongsi udara, selain penggunaan sarung tangan khas, menyebabkan tiada kontak secara langsung berlaku antara kedua-dua pihak.
"13S Cubicle ini memang berkesan untuk mengasingkan petugas kesihatan dengan pesakit, semasa mengambil sampel seperti ujian tekak dan dalam masa sama tidak melemaskan petugas, kerana turut dilengkapi dengan sistem pengudaraan yang baik," katanya.
Dr Ahmed berkata, usaha itu mendapat sokongan pelbagai pihak seperti Yayasan Muamalat Belia, Universiti Teknologi Malaysia, Klinik Alfa KotaSAS dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), selain mendapat maklumat balas yang baik, daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
Ditanya mengapa HTAA menjadi 'lokasi pertama' pemasangan kubikel itu, Dr Ahmed berkata, ia ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan lebih mudah untuk beliau yang tinggal di daerah ini, memantau keupayaan inovasinya itu.
Dr Ahmed berkata, mereka juga sudah menerima permohonan untuk membina kubikel itu dengan lebih banyak bagi kegunaan hospital dan klinik kesihatan, khususnya di zon merah COVID-19, dan buat masa ini sedang mencari dana mencukupi bagi tujuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 05 2020

Seorang pengunjung melihat 13S Cubicle Mark IX yang telah dipasang di Hospital Tengku Ampuan Afzan, 5 April, 2020. --fotoBERNAMA

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Kubikel diilhamkan doktor, siap dipasang di HTAA
13S Cubicle berkesan untuk mengasingkan petugas kesihatan dengan pesakit, semasa mengambil sampel seperti ujian tekak dan dalam masa sama tidak melemaskan petugas.