KUALA LUMPUR: Membawa nama Malaysia ke peringkat dunia, kucing baka British Shorthair, SC Zainiza Elwin bakal bersaing dengan kucing dari seluruh dunia di Federation International Feline World Show 2022 (FIFe 2022) di Mechelen, Belgium.
FIFe berkenaan yang merupakan pertunjukan kucing peringkat antarabangsa tahunan anjuran Felis Belgica berlangsung pada 29 dan 30 Oktober ini.
Pemilik kucing berkenaan, Haniza Kong ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan dia kini sudah berada di Mechelen, untuk membawa Elwin yang menjadi salah seekor kucing terpilih menyertai pertunjukan peringkat antarabangsa itu.
“Sebelum ini Elwin pernah sertai banyak pertunjukan kucing di Malaysia. Sejak usia lima bulan lagi, saya dan suami (Mohd Zain) selalu membawa Elwin berada di khalayak ramai.
“Pada November 2016, Elwin sudah dibawa bertanding di FIFe International Show di Jakarta. Waktu itu Elwin masih berusia setahun enam bulan.
“Sekarang usia Elwin sudah mencecah tujuh tahun. Alhamdulillah dia nampak tenang setiap kali sertai pertunjukan kucing,” jelas Haniza.
Tambah Haniza, Elwin juga merupakan kucing baka Pedigree British Shorthair pertama yang lahir di Malaysia bertanding di luar negara.
Katanya, Elwin juga mudah menyesuaikan diri dengan suasana baharu hasil daripada penyertaan beberapa pertunjukan sebelum ini.
Pernah dinobatkan sebagai juara di FIFe International Pedigree, Elwin juga merupakan baka kelahiran Malaysia yang pertama meraih pencapaian tertinggi di pertunjukan itu.
“Sifatnya yang tenang ditambah wajahnya yang comel mungkin menambat hati para juri melihatnya.
“Elwin juga pernah memenangi di beberapa pertunjukan kucing anjuran FIFe- KKM International Show termasuk dinobatkan sebagai Best Malaysian Breed sebelum ini.
“Doakan Elwin berjaya menambat hati juri di sini pula, insya-Allah,” katanya.
Sementara itu, Elwin turut ditemani personal groomer, Jennie Ying dari Cavieryn Cattery.
Faida Rahim
Wed Oct 26 2022
Elwin dikatakan menjadi kucing pertama baka Pedigree British Shorthair yang lahir di Malaysia bertanding di luar negara. - Gambar/Astro AWANI
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
Lebih 20 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati bersempena dengan sambutan Thaipusam.
It's About YOUth: Creating a greener future with art
Can art inspire a greener future? Andrew Woon from Faber-Castell Malaysia and young artist Chan Ellen explore the transformative power of art in fostering environmental awareness among youth.
Liputan 5G di Sarawak capai 63.8 peratus kawasan berpenduduk - Pengurus Besar SMA
Tahun lepas juga menyaksikan SMA memperkukuh keselamatan siber untuk agensi kerajaan negeri menerusi Program CyberSarawak.
Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menegaskan komitmennya untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti media.
Polis sahkan terima laporan penemuan bangkai kucing
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad mengesahkan pihaknya ada menerima laporan.
MBPP bersihkan 4,440 kg sampah di sebuah rumah
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengutip dan membersihkan 4,440 kilogram (kg) sampah sarap yang berpotensi menjadi pusat pembiakan serangga pembawa penyakit, di sebuah rumah di daerah Barat Daya.
Hakim Persekutuan AS sekat sementara rancangan Trump kurangkan pekerja kerajaan pusat
Keputusan itu dibuat beberapa jam sebelum tarikh akhir pada tengah malam untuk pekerja memilih program peletakan jawatan yang ditangguhkan.
AWANI Tonight: Jakim’s advice not policy, needs govt approval - Cabinet
Jakim may advise Muslims on safeguarding their faith but this does not equate to official policy, says the government. Any policies must also receive Cabinet approval before implementation.
Consider This: Yayasan Tunku Abdul Rahman — Reimagining Scholarships
Many people think scholarships are just about money. But the Tunku Abdul Rahman Foundation (Yayasan TAR) is proving that education support can be much more than financial aid. By redefining what it means to qualify for a scholarship, YTAR now prioritizes equity and representation—giving opportunities to those who need them most. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Ida Thein, CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman & Co-Founder of Closing The Gap Malaysia, and Kuhaneetha Bai, 2022 AHAM-Tunku Scholar.
AWANI Tonight: Philippines’ VP Sara Duterte to fight impeachment
Philippines’ VP Sara Duterte says her legal team will fight her impeachment case, as her feud with President Ferdinand Marcos Jr. intensifies.
Kucing comel bernama SC Zainiza Elwin wakili Malaysia di FIFe 2022
Membawa nama Malaysia ke peringkat dunia, kucing baka British Shorthair, SC Zainiza Elwin bakal bersaing dengan kucing dari seluruh dunia di Federation International Feline World Show 2022 (FIFe