KOTA BHARU: Kelantan United (KUFC) kalah kerana tiada penyerang tulen, itu luahan Ketua Jurulatih Nazrulerwan Makmor selepas pasukan bimbingannya tewas 0-2 kepada Negeri Sembilan FC pada perlawanan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad lV, di sini semalam.
Nazrulerwan berkata, dalam permainan bola sepak jika barisan hadapan tidak boleh menjaringkan gol sudah tentu keputusan tidak akan menyebelahi pasukan itu.
"Terus terang, KUFC tidak ada penyerang tulen untuk menjaringkan gol menyebabkan pasukan kecewa lagi hari ini. Pada separuh masa pertama perlawanan itu kami boleh menjaringkan tiga gol namun ia tidak berlaku.
"Kami susah mahu mencari penyerang yang asli kerana Gassama Alfusainey dan Muhammad Asraff Aliffuddin yang bermain di posisi itu, bukan pemain penyerang namun kami tiada pilihan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan antara KUFC dan Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Muhammad lV, di sini malam tadi.
Pada perlawanan itu KUFC gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila tewas kepada pasukan pelawat menerusi jaringan penalti Mohammad Zaquan Adha Abd Razak pada minit ke-10 dan Francis Kone pada minit ke-81.
Jurulatih kelahiran Selangor itu berkata beliau perlu mencari kaedah lain untuk memastikan jentera serangan pasukan itu berfungsi dalam baki tiga lagi perlawanan liga.
"Kami boleh tukar pemain gantikan dengan yang baharu, kami kena buat sesuatu di bahagian serangan," katanya.
Sementara itu Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC K. Devan berkata kejayaan meraih tiga mata penuh malam tadi mencerahkan peluang pasukan bimbingannya itu untuk menempah slot ke Liga Super musim depan.
"Peluang masih ada untuk ke Liga Super dan kami kena bekerja keras untuk empat lagi baki perlawanan iaitu bertemu Kelantan FC, Kuching City FC, Sarawak United FC dan PDRM FC.
"Kami perlu menang dua atau tiga perlawanan daripada baki empat perlawanan itu supaya tidak tercicir mata," katanya.
Negeri Sembilan FC kini berada di tempat pertama liga mengumpul 32 mata selepas 16 perlawanan, manakala KUFC berada di tempat kelapan dengan 20 mata selepas 17 perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021

Nazrulerwan berkata, jika barisan hadapan tidak boleh menjaringkan gol sudah tentu keputusan tidak akan menyebelahi pasukan itu. - FB \ Kelantan United Football Club
Jepun adakan lelongan pertama beras simpanan - Laporan
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun telah melelong 150,000 tan beras daripada simpanan negara dalam tender pertama yang bertujuan untuk memerangi kenaikan harga.
Lima cedera pesawat ringan terhempas, terbakar
Lima termasuk juruterbang dilaporkan cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di tempat letak kereta sebuah komuniti persaraan berhampiran lapangan terbang kecil di pinggir Pennsylvania.

Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.

9 orang dimasukkan ke hospital di Singapura akibat penggunaan modafinil, armodafinil
Sembilan individu dimasukkan ke hospital di Singapura dalam tempoh setahun sejak Februari 2024 akibat reaksi kulit serius selepas mengambil modafinil atau armodafinil.
Tumpuan Selasa – 11 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kertas cadangan autonomi tambahan C4P dikemukakan kepada JPA pada Mei
Kementerian Kesihatan kini berada di peringkat akhir dalam penyediaan kertas cadangan bagi memberikan autonomi tambahan kepada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (C4P).
AWANI Tonight 10 March 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews

Sabah Maju Jaya: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
10 Berita Pilihan - (10 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lapan syarikat akan fail rayuan berhubung penalti RM92.8 juta
Ia berhubung penalti berjumlah RM92.8 juta yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kartel tipuan bida tender terbuka.

Amaran hujan berterusan di Pantai Timur Semenanjung hingga Rabu
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di Pantai Timur Semenanjung terutama di Kelantan dan Terengganu sehingga 12 Mac ini.

Penyalahgunaan dadah di Kelantan serius, 18,507 kes tahun lepas - Pemadam
Kes penyalahgunaan dadah di Kelantan serius dengan sebanyak 18,507 kes dilaporkan pada tahun lepas, kata Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) negeri, Zamakshari Muhamad.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Kelantan tetapkan kadar sewa tapak bazar Ramadan mengikut kawasan jajahan bermula RM200
Harga ditawarkan itu adalah sangat rendah berbanding harga sewaan tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh pihak swasta.

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi
Menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.

Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan Julai ini
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 akan dibentangkan Julai ini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.