KUALA LUMPUR: Analisis menyeluruh berhubung kadar tolakan bola oleh "pusher" merupakan agenda utama legenda hoki negara, S Kuhan dalam mempertajamkan lagi keupayaan semua skuad negara termasuk pasukan remaja menjaringkan gol sewaktu berdepan situasi pukulan sudut penalti.
Kuhan, yang dilantik selaku penasihat pukulan sudut penalti pasukan kebangsaan, berkata analisis itu juga akan dilakukan bagi mengasah lagi keupayaan penahan serta "flicker" untuk menolak masuk bola ke dalam gawang lawan.
"Saya punya idea ketika ini adalah untuk menilai teknik serta perkara-perkara kecil dalam pukulan sudut penalti.
"Saya juga mahu buat analisis kita punya tolakan bola, berapa laju (kadar tolakan bola) kerana perkara-perkara ini akan membawa perbezaan besar dalam pukulan sudut penalti kita," katanya kepada pemberita pada sesi latihan pertamanya bersama skuad hoki remaja lelaki dan wanita kebangsaan di sini, semalam.
Bagaimanapun, beliau tidak berhasrat untuk melakukan perubahan besar berhubung teknik diterapkan oleh skuad hoki lelaki kebangsaan ketika ini.
"Kalau tengok Muhammad Razie Abd Rahim, Faizal Saari dan Muhammad Shahril Saabah mereka semua ini adalah flicker kelas dunia jadi kita punya teknik tak boleh tukar banyak sangat," katanya.
Kuhan yang juga bekas pakar pukulan sudut penalti negara itu sebaliknya mahu memberi fokus menguatkan lagi mental pemain "Speedy Tigers" selain membantu mereka menumpukan aspek menjaringkan gol.
Beliau pada masa sama juga menerima hakikat bahawa situasi pukulan sudut penalti ketika ini sudah banyak berbeza jika dibandingkan dengan zamannya ketika bergelar pemain suatu ketika dahulu terutamanya sewaktu aspek bertahan.
Katanya, berdasarkan prestasi negara terlibat pada Piala Dunia 2023 di India, bulan lepas, beliau dapat melihat hanya beberapa pasukan antaranya Australia dan Belanda sahaja yang mempunyai rekod baik menyempurnakan jaringan pukulan sudut penalti memandangkan banyak pasukan sudah semakin mantap dalam aspek bertahan ketika situasi berkenaan.
Sehubungan itu, Kuhan berkata beliau akan berbincang dengan Ketua Jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan A Arul Selvaraj dalam usaha memperkasakan lagi untuk corak bertahan pemain ketika pukulan sudut penalti.
Mengenai prestasi "Speedy Tigers" pada Piala Dunia baru-baru ini, bekas tonggak pertahanan negara itu kagum dengan tahap keyakinan anak buah Arul Selvaraj khususnya ketika mengejutkan New Zealand, 3-2, yang menduduki ranking lebih tinggi daripada mereka.
Skuad hoki lelaki kebangsaan mengakhiri kempen Piala Dunia 2023 di kedudukan ke-13 dengan menewaskan Jepun, 3-2, pada aksi klasifikasi tempat ke-13 hingga ke-16, sekali gus memperbaiki pencapaian tempat ke-15 diraih pada edisi 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023

Kuhan ditemui pemberita pada sesi latihan pertamanya bersama skuad hoki remaja lelaki dan wanita kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam. - Facebook Malaysian Hockey Federation

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari
Penyerang prolifik itu menyifatkan dengan menjuarai piala itu bakal menjadi simbol penguasaan THT dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL).

THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.

THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.

AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.

Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2024
Young Tigers sah ke peringkat separuh akhir dan Piala Dunia Remaja tahun depan serta akan bertemu India esok untuk memburu slot ke final.

Piala Remaja Asia: Malaysia teruskan rentak kemenangan belasah tuan rumah
Malaysia kini menerajui Kumpulan B dengan enam mata daripada dua perlawanan dan akan menghadapi Bangladesh bagi perlawanan ketiga pada Sabtu ini.

Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.

ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.

ACT Wanita: Malaysian Tigress bangkit, tundukkan Korea Selatan 2-1
Ia merupakan kemenangan pertama skuad negara selepas dua aksi pusingan round robin yang berkesudahan dengan tewas kepada India dan China.