BUKIT MERTAJAM: Kuih bakul atau "Nian Gao" menjadi antara menu wajib ketika perayaan Tahun Baharu Cina malah tidak lengkap rasanya jika hidangan tradisi masyarakat Tionghua itu tidak disajikan terutama pada hari pertama perayaan.
Bagi Nur Farrah Diba Azhar, 34, peniaga kuih bakul dan kuih bulan di Bandar Perda, beliau bertuah kerana ibunya berketurunan Cina dan semua kuih yang dihasilkannya adalah halal berdasarkan resipi tradisional keluarga.
Sebelum membuka perniagaan itu enam tahun lepas, beliau terlebih dahulu berguru dengan mendiang datuknya, Teh Naik Ming dan jirannya, seorang wanita berketurunan Cina, menggunakan resipi asli untuk menghasilkan kuih bakul.
"Saya jual kuil bakul sepanjang tahun namun ketika Tahun Baharu Cina mendapat permintaan yang tinggi iaitu sekitar 3,500 hingga 4,500 biji dan saya bukan sahaja jual di kedai di Bandar Perda di sini malah di laman sosial terutama Tik Tok.
"Kuih bakul saya boleh pos ke seluruh negara dan juga Singapura, setakat ini kuih tersebut sampai dalam keadaan masih elok kepada pembeli, kerana ia boleh bertahan sehingga seminggu tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk," kata ibu kepada seorang anak lelaki ini kepada Bernama ketika ditemui di kedainya di sini.
Menceritakan proses pembuatan kuih bakul, Nur Farrah Diba berkata proses pembuatan kuih tradisi masyarakat Cina itu sangat rumit dan tidak boleh lalai sedikit pun kerana jika tidak, kuih bakul yang dihasilkan akan berair dan tidak naik.
Katanya untuk mendapatkan kuih bakul yang bermutu, beliau menggunakan ramuan daripada bahan semula jadi terutamanya daun pisang yang digunakan sebagai pembalut kuih bakul untuk menaikkan aroma asli kuih itu.
"Proses bermula dengan mengisar beras untuk menghasilkan adunan dan apa yang istimewa dengan resipi saya ialah terdapat campuran minyak kacang tanah yang dihasilkan oleh saya sendiri dan ia akan menjadikan kuih bakul lebih lemak dan sedap serta berkilat.
"Seterusnya adunan itu akan dikukus selama 16 jam iaitu bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam menggunakan dapur gas dan setiap hari kami hanya boleh menghasilkan sebanyak 200 biji kuih bakul sahaja," katanya.
Selain itu, menurut Nur Farrah Diba beliau tidak menggunakan acuan plastik sebaliknya menggunakan acuan besi bagi mengekalkan bau, rasa dan tekstur kuih bakul itu.
Beliau berkata proses untuk menyiapkan sebiji kuih bakul memakan masa selama tujuh hari kerana perlu memastikan kuih bakul betul-betul kering, jika tidak ia akan menggalakkan kehadiran kulat malah proses pembuatannya juga haruslah teliti dan bersih.
"Dari segi bancuhan dan adunan termasuk proses pembalutan adalah 100 peratus dilakukan sendiri, manakala pekerja hanya melakukan proses penyediaan barangan," katanya yang mempunyai empat pekerja.
Nur Farrah Diba berkata dalam proses belajar membuat kuih adat itu, beliau bukan sahaja diberi tunjuk ajar dan resipi tetapi juga mengenai pantang larangnya yang beliau percaya ia adalah satu disiplin dalam pembuatan makanan tersebut.
"Contohnya jangan bercakap ketika membuat kuih sebenarnya mengajar kita fokus, jadi apabila kita fokus pembuatan kuih lebih teliti dan ketika menghasilkannya hati perlu tenang serta gembira," katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak lelaki berusia lima tahun itu berkata kepelbagaian bangsa dan budaya di Malaysia harus dimanfaatkan dengan mendalami makanan masyarakat lain dan secara tidak langsung jelasnya, ia dapat mewujudkan semangat perpaduan melalui makanan.
"Niat utama saya belajar membuat dan menjual kuih bakul ini adalah untuk berkongsi kegembiraan ketika makan kuih masyarakat Cina, mungkin ada masyarakat Melayu yang ingin tetapi ragu-ragu dengan status halal kuih bakul.
"Jadi saya rasa ini peluang dalam perniagaan sekali gus usaha menyatukan perpaduan melalui makanan," kata kakak kepada empat beradik itu yang turut mendapat sokongan mereka serta suaminya.
-- BERNAMA / Erma Idayu Mohd Yusop
Bernama
Sat Feb 03 2024
Untuk mendapatkan kuih bakul yang bermutu, ramuan daripada bahan semula jadi akan digunakan terutamanya daun pisang yang digunakan sebagai pembalut kuih bakul untuk menaikkan aroma asli kuih itu. - Bernama
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Kuih bakul halal resipi asli dikukus 16 jam
Nur Farrah Diba Azhar bertuah kerana ibunya berketurunan Cina dan semua kuih yang dihasilkannya adalah halal berdasarkan resipi tradisional.
Kuih bakul tradisional mendapat permintaan tinggi sempena Tahun Baharu Cina
Sambutan Tahun Baharu Cina tidak lengkap tanpa kuih bakul atau 'Nian Gao'.
Kuih bakul ubat kerinduan kepada mendiang ibu
Dengan membuat kuih bakul, Chang dapat melepaskan kerinduan terhadap ibunya yang meninggal dunia 10 tahun lepas.
Tahun Baharu Cina: Gadis Melayu OKU terima tempahan 4,000 biji kuih bakul
Kuih bakul hasil air tangan Haziqah Nurul Huda Harun, 20, istimewa kerana pembuatannya dipelajari daripada sahabatnya, yang berasal dari Beijing.
Kuih bakul diproses secara tradisional dapat permintaan tinggi
Penghasilan kuih bakul secara tradisional mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat Cina untuk dijadikan hidangan wajib menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Kuih Bakul jana sumber pendapatan tambahan
B.Balamurali turut mendapat sumber pendapatan tambahan sempena Tahun Baru Cina dengan mengambil kesempatan mengusahakan kuih bakul.