IPOH: Berkat kesabaran, disulami dengan kegigihan dan kerja keras untuk mengumpul modal selama tiga tahun, kini Nur Iylia Shahriman, 32, penggemar tegar minuman kopi, sudah memiliki kafe sendiri.
Pemilik My Ultimate Bakes itu berkata, beliau mengumpul modal kira-kira RM100,000 untuk membuka kafe itu yang terletak di Manhattan Business Centre di Jalan Pengkalan Putra, dekat sini, kira-kira tiga tahun lepas, hasil jualan kek dan kopi secara kecil-kecilan yang diperolehnya sejak 2017.
Anak jati Batu Gajah itu berkata, beliau sememangnya bercita-cita untuk membuka sebuah kedai kopi semasa menuntut di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Auckland, New Zealand kerana beliau sendiri merupakan penggemar tegar kopi.
Pemegang Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrikal dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) Seri Iskandar itu berkata, beliau mendapat ilham untuk menjual kek pada ketika itu bagi mengumpul modal membuka kedai kopi apabila tamat pengajian di UTP.
"Sebagai permulaan, saya mula belajar bagaimana mahu menghasilkan kek dengan cara yang betul dan sedap menerusi YouTube kerana ketika itu tidak mampu untuk menyertai mana-mana kursus disebabkan mahu mengumpul modal untuk membuka kafe.
"Jadi, saya belajar bagaimana mahu membuat kek yang sedap dan Alhamdulillah kek yang dihasilkan mampu menarik minat orang ramai untuk membelinya.
"Pada mulanya saya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah di Batu Gajah dengan hanya membuat kek dan kemudiannya apabila tempahan semakin banyak dan tidak lagi sesuai menjalankan perniagaan di rumah, saya menumpang pejabat ayah saya untuk menjual kek, biskut, brownies dan kopi," katanya ketika ditemui Bernama di kedainya, di sini.
Nur Iylia berkata, beliau menggunakan sosial media seperti Facebook, Instagram serta TikTok untuk mempromosikan produk yang dihasillkannya.
Katanya, kira-kira 50 jenis pastri, kek dan kopi dijual di kafe itu dan kesemua produk itu dihasilkan setiap hari bagi menjamin kualiti dan kesegarannya.
"Bagi tempahan kek, kebiasaannya kafe ini menerima tempahan untuk majlis perkahwinan dan hari jadi pada hujung minggu dan kami hanya menghasilkan kira-kira 15 biji kek sahaja bagi menjaga kualiti," katanya yang memiliki lapan orang pekerja setakat ini dan kafe itu setiap hari beroperasi dari pukul 11 pagi sehingga 6.30 petang.
Mengenai perancangan masa depan, Nur Iylia berkata, beliau sedang berusaha mengumpul modal untuk membuka banyak lagi cawangan kafe di sekitar negeri ini selain mahu menjual brownies dan biskut secara dalam talian untuk pasaran di Semenanjung Malaysia.
Menurutnya, meskipun terdapat persaingan dalam kalangan usahawan kek di pasaran, namun beliau percaya kek yang dihasilkan mempunyai keunikan tersendiri memandangkan setiap penghasilannya mengguna bahan premium berkualiti tinggi bagi memenuhi kepuasan pelanggan,
"Saya menerima apa sahaja maklum balas daripada pelanggan sama ada positif atau negatif kerana dari situ saya dapat mempelajari apa yang perlu diperbaiki pada masa akan datang dan saya sangat menghargai kesemua maklum balas," katanya.
Beliau turut menjual pelbagai jenis biskut raya di kafe itu sempena Hari Raya Aidilfitri antaranya Biscoff Butter Cookies, Hazelnut London dan Nutella Butter dan turut menggunakan perkhidmatan kurier untuk pelanggan di seluruh negara dan kira-kira 1,000 balang telah terjual sepanjang Ramadan lepas. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
Pemilik My Ultimate Bakes, Nur Iylia Shahriman, 32, menunjukkan pelbagai aneka Croissant yang dijual di kedai pastri miliknya di Jalan Pengkalan Putra, Ipoh. - Gambar BERNAMA
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kumpul modal lebih RM100,000 jual kek di medsos, Iylia kini pemilik My Ultimate Bakes
Berkat bersabar selama tiga tahun, kini Nur Iylia Shahriman sudah memiliki kafe sendiri.