Kumpulan pertama 483 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pagi ini dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Turut serta dalam penerbangan MH8100 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah yang berlepas pada 5.30 pagi itu ialah 13 petugas media yang akan membuat liputan sepanjang musim haji kali ini.
Majlis pelepasan di Kompleks Tabung Haji KLIA itu disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Operasi haji yang membabitkan 30,200 jemaah akan melibatkan 62 penerbangan dengan yang terakhir dijadual berlepas pada 4 Ogos.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Syed Saleh berkata antara cabaran yang perlu ditempuh bakal haji ialah cuaca panas yang boleh mencecah 50 darjah Celcius, terutama ketika berwukuf.
Selain itu, katanya pihaknya turut melakukan beberapa perubahan, antaranya menyediakan pek makanan sedia dimakan atau 'ready to eat' bagi kemudahan para jemaah.
Beliau berkata penyediaan pek makanan itu akan memastikan hanya makanan yang baharu dihidangkan kepada bakal haji selain dapat menjimatkan masa dan mengelak pembaziran.
"Makanan jenis ini hanya perlu dipanaskan dengan air panas sebelum dihidang dan ini tentunya boleh mengurangkan pembaziran kerana ia dimasak berdasarkan permintaan atau bilangan jemaah yang ada pada waktu makan tersebut.
"Untuk projek rintis ini, kita sediakan tidak lebih tiga jenis makanan sahaja seperti nasi beriani dan nasi lemak, dan akan ditambah jika mendapat maklum balas memuaskan daripada para jemaah," katanya.
Sementara itu, dua petugas media yang ditemui menzahirkan rasa syukur kerana niat dan hajat untuk ke Tanah Suci dimakbulkan.
Penulis Khas New Straits Times (NST) Azura Abas berkata beliau baru sahaja mengirimkan doa kepada rakan setugas yang menunaikan umrah pada Januari lepas bagi mendoakan agar dibukakan jalan untuknya ke Tanah Suci.
"Sebulan kemudian, saya dihubungi Pengarang yang memaklumkan saya tersenarai sebagai petugas haji dan selepas membuat pemeriksaan perubatan, saya layak untuk bertugas sepanjang musim haji kali ini.
"Sekian lama saya merindui dan teringin untuk kembali menjadi tetamu Allah dan amat bersyukur diberikan peluang yang tidak diduga ini," katanya yang pernah mengerjakan ibadah umrah pada 2005.
Bagi Pengarang Berita Kanan (Hal Ehwal Semasa dan Digital) Harian Metro Yusri Abdul Malek pula, pemilihannya merupakan kesinambungan kepercayaan Tabung Haji terhadap syarikat penerbitan itu sebagai rakan media musim haji.
"Sejak 2012, Tabung Haji telah memilih kami sebagai rakan media dan saya bersyukur kerana menjadi wakil ketujuh yang diberi peluang meneruskan kerjasama membuat liputan di Tanah Suci tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2019

Wajah ceria bakal jemaah haji ketika pendaftaran masuk bagasi sebelum berlepas ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah haji, di Kompleks Tabung Haji awal pagi ini. - Foto BERNAMA
Pasukan Khas Tentera Pakistan tumpaskan 33 militan, akhiri krisis tebusan kereta api
Pasukan Khas Tentera Pakistan berjaya menumpaskan 33 militan pemisah Baloch dan menamatkan krisis tebusan kereta api yang berlangsung selama sehari. Insiden ini bermula apabila militan meletupkan landasan kereta api dan menyerang Jaffar Express yang membawa 440 penumpang. Serangan ini mengakibatkan 21 tebusan dan empat anggota keselamatan terkorban. Ketua Menteri Balochistan, Sarfraz Bugti, memuji keberanian pasukan keselamatan yang berjaya menyelamatkan 68 tebusan.
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tiba di The Hague
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague menyaksikan kehadiran Rodrigo Duterte untuk perbicaraan atas dakwaan jenayah kemanusiaan berkaitan "perang dadah" yang dilancarkannya.
Anak perempuannya, Sara Duterte, turut serta dalam usaha guaman untuk membela bapanya.
Anak perempuannya, Sara Duterte, turut serta dalam usaha guaman untuk membela bapanya.
PM mahu program Kampung Angkat MADANI diperluas
Perdana Menteri berkata, beliau gembira dengan kemajuan Program Kampung Angkat MADANI, yang dimulakan di peringkat kementerian-kementerian, sehingga mencecah angka 44 buah kampung pada tahun 2024, dan akan diperluaskan kepada 200 buah dengan bantuan korporat dan GLC.
Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Seorang lelaki warga emas terima padah apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) selepas bergurau bahawa bagasi rakannya mengandungi bom.
Kedua-dua mereka kini direman untuk siasatan lanjut.
Kedua-dua mereka kini direman untuk siasatan lanjut.

Manchester United rancang bina stadium baharu berkapasiti 100,000 tempat duduk
Firma seni bina yang berpangkalan di London, Fosters Partners dipilih untuk mengetuai projek tersebut.
[TERKINI] Rasuah: Ismail Sabri dijangka beri keterangan 10 pagi ini
Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan pada 10 pagi susulan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Hina pengadil: Correa digantung lima perlawanan
Pemain antarabangsa Argentina itu dilayangkan kad merah langsung pada minit ke-88 ketika tumpas 1-2 kepada Getafe dalam La Liga.

Trump ulangi amaran kenakan lebih banyak tarif
Ancaman ini menandakan peningkatan lagi dalam perang perdagangan yang telah menggoncang pasaran kewangan.

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.

Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.

Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.

Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.

Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.

Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.