KUALA LUMPUR: Beberapa kumpulan sasar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kumpulan tersebut termasuk anggota Perkhidmatan Kesihatan ATM yang terlibat secara aktif dalam mengesan dan merawat penyakit COVID-19, serta yang terlibat di dalam penugasan program vaksinasi COVID-19.
Selain itu, kumpulan sasar pertama juga akan melibatkan anggota ATM yang sedang dan akan bertugas di kawasan-kawasan operasi seperti Op PENAWAR, Op BENTENG, Misi Luar Negara di Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) serta Pasukan Pemerhati Antarabangsa di Mindanao di bawah Tentera Darat, Laut dan Udara.
“Vaksin ini juga akan diberikan kepada Kumpulan Pemerintahan Strategik dan Operasi di Markas ATM, Kementerian Pertahanan, Markas Angkatan Bersama, markas-markas formasi tentera darat, laut dan udara terutamanya bagi mereka yang bertugas di bilik operasi dan bilik komunikasi markas-markas tersebut.
“Ia juga akan melibatkan National Task Force HQ yang bertanggungjawab mengendalikan Op BENTENG.
“Selain itu, pemberian vaksin fasa pertama ini juga akan disasarkan kepada pegawai dan anggota ATM yang terlibat secara langsung di dalam mengoperasikan aset pertahanan strategik negara seperti pesawat pejuang, pesawat pengangkut, kapal selam dan kapal-kapal TLDM, juruterbang helikopter TDM, TLDM dan TUDM, anggota Pasukan Khas, anggota yang mengendalikan aset pertahanan udara dan aset-aset khusus yang lain yang tidak boleh dikendalikan oleh mana-mana pegawai dan anggota lain yang tidak dilatih khas,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menerima suntikan vaksin di Hospital Angkatan Tentera (HAT)Tuanku Mizan, Wangsa Maju.
Jelas beliau, setakat semalam, seramai 230 anggota ATM telah divaksinasi dengan dos pertama dari vaksin jenis Cominarty keluaran Pfizer.
Tambah beliau, ATM telah menjadualkan pemberian vaksin bermula semalam terutamanya bagi para petugas vaksinasi Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera.
“Turut sama menerima suntikan vaksin tersebut adalah 14 pegawai dan anggota ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan terlibat dengan Misi Pemantau Antarabangsa Mindanao yang akan berlepas ke Mindanao selepas menerima suntikan dos kedua pada Mac hadapan.
“Di samping itu seramai 40 orang anggota kumpulan wanita Kedua ATM bagi Misi UNIFIL akan menerima vaksin pada esok 27 Feb 2021 sebagai sebahagian dari program pelindungan kesihatan sebelum bertugas di Lubnan,” katanya lagi.
Bagi warga ATM yang sedang bertugas di Lebanon, Ismail Sabri berkata ATM telah menerima tawaran suntikan vaksinasi daripada pihak UNIFIL.
Setakat ini, ATM telah menerima sebanyak 10,530 dos daripada 84,240 dos vaksin untuk diberikan kepada 42,120 anggota di seluruh negara.
Vaksin tersebut disimpan di empat Pusat Simpanan Vaksin (PSV) ATM di seluruh negara.
Program vaksinasi fasa pertama warga ATM dijangka selesai pada 30 April ini.
Sementara, 79,041 lagi pegawai dan anggota ATM akan menerima vaksin dalam fasa kedua.
Hasimi Muhamad
Fri Feb 26 2021

Setakat semalam, seramai 230 anggota ATM telah divaksinasi dengan dos pertama dari vaksin jenis Cominarty keluaran Pfizer. -Gambar fail
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Kumpulan sasar ATM diberi suntikan vaksin fasa pertama
Setakat semalam, seramai 230 anggota ATM telah divaksinasi dengan dos pertama dari vaksin jenis Cominarty keluaran Pfizer.