KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tindakan Kumpulan Sulu yang memfailkan tuntutan melalui prosiding arbitrasi, adalah untuk mendapatkan wang.
Beliau turut mempersoalkan mengapa Kumpulan Sulu itu membuat tuntutan mereka melalui prosiding arbitrasi dan bukannya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
"Saya rasa locus itu perlu dipersoalkan, maknanya dia menggunakan strategi guaman dia nak buat duit," katanya selepas mengadakan Sesi Taklimat Mengenai Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Kesultanan Sulu di Bangunan Parlimen, hari ini.
Kumpulan Sulu sebelum ini dilaporkan membawa tindakan undang-undang ke Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah, yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.
Mereka membawa perkara tersebut kepada timbang tara Sepanyol pada 2019 dan kemudiannya penimbang tara Dr Gonzalo Stampa yang dilantik oleh kumpulan individu berkenaan, membuat keputusan memihak kepada pihak mereka (penuntut).
Keputusan itu digunakan untuk merampas aset Petronas di Luxembourg.
Malaysia kemudiannya telah menggunakan semua remedi undang-undang yang ada, untuk membatalkan dua anugerah yang diberi oleh Stampa.
Azalina turut menzahirkan harapan untuk mendapat sokongan padu semua Ahli Dewan Rakyat tanpa mengira aliran politik, dalam menegakkan kedaulatan negara Malaysia dalam isu tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Sulu berkenaan.
Beliau berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan, serta tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia, pada setiap masa.
"Kita akan terus mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan Sulu dengan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada," katanya.
Dalam pada itu Azalina berkata kumpulan berkenaan dikhuatiri akan cuba menjadikan aset lain negara yang bersifat mudah terdedah, sebagai sasaran tuntutan selepas ini.
"Mana-mana (syarikat) boleh menjadi sasaran. Kita perlu sangat-sangat peka tentang (perkara) ini," katanya.
Sehubungan itu katanya kerajaan sentiasa serius dan tidak berdiam diri dalam memperjuangkan dan menjaga kedaulatan serta aset negara, daripada cubaan dirampas oleh kumpulan berkenaan.
Terdahulu, taklimat yang dihadiri lebih 50 Ahli Dewan Rakyat itu, bertujuan memberi latar belakang kepada isu tuntutan ini, berkenaan perkembangan berkaitan tindakan undang-undang di mahkamah di Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda serta Pelan Komunikasi Strategik tempatan dan antarabangsa.
Selain itu, taklimat ini juga bertujuan mendapatkan pandangan daripada Ahli Dewan Rakyat, serta menjawab sebarang persoalan wakil kerajaan serta ahli Sekretariat Khas, bagi menangani isu tuntutan Sulu berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023

Menteri Undang- Undang Dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said pada sesi taklimat mengenai isu tuntutan pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu bersama Ahli Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Keputusan mahkamah Belanda hadiah istimewa buat rakyat Sabah sempena Hari Malaysia
Pihaknya akan terus menyokong segala usaha kerajaan untuk memastikan keselamatan dan kepentingan rakyat Sabah dan Malaysia dilindungi setiap masa.

Penduduk Lahad Datu lega Malaysia menang kes tuntutan kumpulan Sulu
Kemenangan Malaysia dalam kes tuntutan kumpulan Sulu memberi keyakinan kepada penduduk Lahad Datu bahawa kerajaan Persekutuan komited menggagalkan usaha kumpulan itu.

Usaha gigih kerajaan noktahkan tuntutan kumpulan Sulu - Pemimpin Sabah
Kerjasama erat dan usaha gigih semua pihak berjaya menghasilkan keputusan yang amat bermakna buat rakyat Sabah dalam menangkis tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia.

Kerajaan akan adakan siri jelajah perjelas isu kumpulan Sulu di luar negara - Zahid
Kerajaan akan mengadakan siri jelajah untuk memperjelaskan isu tuntutan kumpulan sulu di beberapa negara, yang diketuai Datuk Seri Azalina Othman Said.

Kumpulan Sulu buat tuntutan di mahkamah untuk dapatkan wang - Azalina
Menurut Azalina, tindakan Kumpulan Sulu yang memfailkan tuntutan melalui prosiding arbitrasi, adalah untuk mendapatkan wang.

Mahkamah Luxembourg benar permohonan Malaysia ketepi perintah penahanan 'waris' kumpulan Sulu
Mahkamah di Luxembourg telah mengetepikan perintah penahanan yang dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai 'waris' kumpulan Sulu.