KUALA LUMPUR: Kunjungan Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia selama dua hari mulai hari ini, mampu memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara serta menyelesaikan isu-isu yang tertangguh.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata beberapa siri perbincangan melibatkan memorandum persefahaman antara Malaysia dan Indonesia, akan turut ditandatangani dalam lawatan kerja itu.
"Ini termasuk juga dari segi perbincangan kawasan-kawasan sempadan kita melibatkan sempadan darat dan laut.
Demikian juga dalam hubungan kita tentang persefahaman perdagangan dan bagaimana kita memantapkan lagi dari segi proses interaksi kedua-dua negara.
"Ia juga melibatkan soal-soal termasuk juga tenaga kerja dan sebagainya. Ini dilakukan daripada pelbagai kementerian yang turut mewujudkan persefahaman (kedua-dua negara)," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan menyambut Joko Widodo atau lebih kenali sebagai Jokowi yang dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 3 petang ini.
Menurut Zambry, meskipun ini bukan kali pertama Jokowi melawat Malaysia, kunjungan beliau mampu mengeratkan hubungan kedua-dua negara yang bersahabat baik yang dilihat sangat penting bagi ASEAN dan hubungan serantau.
Sementara itu, mengenai isu kehilangan wanita warga tempatan di Thailand, beliau berkata Kementerian Luar Negeri telah menghubungi Kementerian Luar Thailand mengenai perkara itu.
"Pihak Kementerian Luar Thailand juga telah mengambil tindakan dengan berhubung dengan pihak keselamatan di sana bagi membantu mengesan dan mengenal pasti wanita berkenaan," katanya.
Semalam, seorang wanita Malaysia berusia 22 tahun dilaporkan hilang di Thailand dan kali terakhir dilihat di daerah Mae Sai di wilayah Chiang Rai.
Wanita itu dilaporkan berada di Thailand atas urusan kerja.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Kunjungan Presiden Indonesia Joko Widodo (kiri) ke Malaysia selama dua hari mulai hari ini, mampu memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara serta menyelesaikan isu-isu yang tertangguh, kata Zambry (tengah). -Gambar fail/Sekretariat Presiden

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

'Biar masa menentukannya' - Jokowi ulas pemecatannya daripada PDI-P
Jokowi secara sinis berkata hanya waktu yang akan membuktikan sama ada keputusan dibuat ketua umum PDI-P, Megawati Soekarnoputri dan Setiausaha Agung parti, Hasto Kristiyanto benar atau salah.

Pintu Gerindra terbuka untuk bekas Presiden Jokowi - Muzani
Pada dasarnya parti politik pimpinan Presiden Prabowo Subianto itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya.

Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.

PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Prabowo
Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada bekas Presiden Joko Widodo atas khidmat beliau selama ini dan mengiktiraf usahanya dalam mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Mendepani cabaran Global: Strategi Prabowo untuk kestabilan dan kemakmuran
Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto menekankan kepentingan peralihan kepimpinan dan menggariskan visinya untuk masa depan negara.

Jokowi, menteri Kabinet luang masa di kafe berhampiran Istana Garuda
Jokowi menjemput beberapa menteri Kabinet meluangkan masa santai menikmati kopi di sebuah kedai di Istana Garuda, Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur.

Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil - Pejabat Presiden
Edy Priyono mengesahkan penurunan kelas pertengahan, namun menegaskan bahawa golongan ini tidak jatuh ke dalam kancah kemiskinan.

Pentadbiran Prabowo tawar pemeriksaan kesihatan percuma mulai 2025
Peruntukan bagi menjayakan program berkenaan dianggarkan sekitar Rp5 trilion (kira-kira RM1.36 bilion).

Lapangan Terbang Nusantara sambut pendaratan sulung Jokowi
Jokowi menggunakan pesawat rasmi yang berlepas dari Pontianak, Kalimantan Barat.

Iriana mohon maaf andai Jokowi lakukan kesilapan ketika pimpin Indonesia
Isteri kepada Presiden Joko Widodo, Iriana Jokowi memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan sepanjang tempoh perkhidmatan suaminya sebagai Presiden Indonesia.