KUALA LUMPUR: Kehadiran beberapa pemimpin tertinggi negara luar yang dijadual berkunjung ke Malaysia minggu ini, merupakan satu isyarat jelas menunjukkan keyakinan mereka kepada kestabilan politik di negara ini, kata penganalisis politik Prof Azmi Hassan.
Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) itu berkata ini kerana, tidak akan ada mana-mana negara berani hadir dengan potensi membawa masuk pelaburan atau menjalin kerjasama, jika melihat situasi politik di sesebuah negara itu dalam keadaan tidak stabil.
"Maknanya mereka yakin dengan kestabilan Kerajaan Perpaduan kita, sebab itu bila kita lihat atas kertas, kehadiran Presiden Filipina (Ferdinand Marcos Jr) pada Selasa, agenda utama mereka ialah ekonomi dan perdagangan.
"Mereka jadi yakin (melabur)... membawa peluang kerjasama pelaburan dua hala, seterusnya menguntungkan kedua-dua pihak, seperti untuk Malaysia pastinya meningkatkan aliran masuk FDI (pelaburan langsung asing) kita," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Beliau pada masa sama yakin, kunjungan Marcos Jr akan dimanfaatkan Malaysia untuk membincangkan mengenai perihal geopolitik Asean, selain berkaitan tatakelakuan di perairan Laut China Selatan.
Azmi berkata kunjungan Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta ke Malaysia yang dijadual pada hujung bulan ini pula, dilihat sebagai petunjuk bahawa negara luar amat memandang tinggi peranan dan pengaruh Malaysia dalam ASEAN.
"Mereka (Timor-Leste) tahu kita ada pengaruh yang kuat di Asean, jadi saya kira antara agenda kehadiran mereka nanti, untuk dapatkan sokongan dan pengaruh Kuala Lumpur bagi membantu negara itu diterima menjadi anggota ke-11 Asean, kerana permohonan berkenaan akan dinilai tahun ini.
"Lawatan Hong Kong (Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) John Lee Ka-chiu) pula, saya lihat akan 100 peratus berkisar kepada agenda ekonomi terutama melibatkan pelancongan perubatan dan kesihatan tanpa membincangkan hal geopolitik," katanya.
Dalam pada itu, Pensyarah Sosiologi Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata keyakinan yang diterjemah pemimpin luar untuk mengadakan kunjungan ke Malaysia, jelas berkait rapat dengan kewibawaan pimpinan tertinggi negara.
Beliau berkata ia menunjukkan, betapa mereka memilih untuk berkunjung ke Malaysia bukan sahaja atas rasa yakin dengan kestabilan politik negara, malah mempunyai satu tahap penghormatan yang tinggi kepada pemimpin di peringkat Persekutuan.
"Ini satu petanda baik, selain memperkukuhkan hubungan dua hala antara negara-negara terlibat, malah ia juga membuka seluasnya jalinan kerjasama antara kementerian, agensi korporat dan perniagaan, seterusnya memperoleh pelbagai manfaat.
"Ini juga memudahkan segala urusan diplomasi kedua-dua negara, untuk kita melakukan satu rundingan konstruktif mengenai isu-isu berbangkit, menyelesaikannya dalam suasana menang-menang dan memperbaharui kerjasama bilateral dan multilateral, pascapandemik ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023

Azmi berkata, tidak akan ada mana-mana negara berani hadir dengan potensi membawa masuk pelaburan atau menjalin kerjasama, jika melihat situasi politik di sesebuah negara itu dalam keadaan tidak stabil. - Foto fail

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Wanita dan inovasi digital: Meningkatkan penyertaan, memacu perubahan
Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur menghimpunkan pakar dan aktivis bagi membincangkan peranan wanita dalam landskap digital dan teknologi yang semakin berkembang.

Ringgit ditutup rendah menjelang pengumuman data IHPR AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan mengenai perang perdagangan.

ASEAN tingkat usaha perteguh keselamatan siber, depani peningkatan ancaman
Ancaman siber adalah antara cabaran utama, meliputi jenayah seperti penipuan dalam talian dan serangan penggodam ke atas infrastruktur kerajaan.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Anwar puji Wisma Putra berjaya perkukuh imej Malaysia di peringkat global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji Kementerian Luar atau Wisma Putra atas kejayaannya dalam memperkukuh imej dan pengaruh Malaysia di peringkat global.

Menteri Luar China seru jadikan Laut China Selatan kawasan keamanan, persahabatan, kerjasama
Hasil usaha China dan negara ASEAN, Laut China Selatan kekal aman dan stabil tahun lepas serta menjadi perairan paling selamat dan sibuk untuk pelayaran dan penerbangan antarabangsa.

Setiausaha Agung ASEAN seru pemain industri sokong inisiatif Grid Kuasa US$764 bilion
Setiausaha Agung ASEAN menyeru pihak berkepentingan dalam industri untuk menyokong inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG).

Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat.

Nazir Razak seru ASEAN jadikan ekonomi serantau realiti, melangkaui retorik
Pemimpin korporat menggesa ASEAN untuk mengukuhkan dirinya sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi global yang semakin meningkat.