KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh menambah jumlah kuota Ahli Dewan Negara yang dipilih daripada setiap negeri daripada dua orang kepada tiga orang, jika terdapat keperluan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Beliau berkata di bawah Perkara 45 (1) (a), Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan dua wakil boleh dipilih dari negeri masing-masing untuk ke Dewan Negara, namun jumlah itu boleh ditambah.
"Bergantung kepada kerajaanlah... sekarang kita ada dua orang diundi menjadikan mereka yang dipilih seramai 26, manakala yang dilantik Yang di-Pertuan Agong seramai 44 orang.
"...jumlah ini boleh ditambah seorang lagi...macam House of Lords di England, United Kingdom pada satu-satu masa ada 1,800 orang (Senator).. tiada masalah kalau ditambah," katanya kepada selepas Majlis Interaksi bersama Yang Dipertua Dewan Negara, Siri 1 2023, di Bangunan Parlimen, malam ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai cadangan beberapa pihak yang mahu kuota Ahli Dewan Negara yang dipilih daripada negeri ditambah, sebagai usaha memperkasakan fungsi Dewan Negara.
Hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain serta timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Wan Junaidi dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-19 pada 19 Jun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023

Kerajaan boleh menambah jumlah kuota Ahli Dewan Negara yang dipilih daripada setiap negeri daripada dua orang kepada tiga orang, jika terdapat keperluan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - BERNAMA

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Kemasukan pelajar ke universiti awam tiada 'pintu belakang', tak nafi hak B40
JKNCR UA menegaskan kaedah pintu belakang sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana universiti awam di Malaysia.

Kuota Ahli Dewan Negara boleh ditambah - Wan Junaidi
Kerajaan boleh menambah jumlah kuota Ahli Dewan Negara yang dipilih daripada setiap negeri daripada dua orang kepada tiga orang, jika terdapat keperluan.

Gaji tidak setara antara faktor bukan bumiputera tidak minat sertai TDM - PTD
Struktur gaji bagi Tentera Darat Malaysia (TDM) yang tidak setara dengan syarikat swasta antara punca bukan bumiputera tidak berminat untuk menyertai pasukan keselamatan negara.

Singapura dapat 900 kuota untuk musim haji 2023
Singapura telah mendapat peruntukkan 900 kuota rasmi bagi musim haji 2023.

Kemasukan tenaga kerja asing sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar - MPN
Statistik kelulusan kuota dan pembayaran levi hingga 12 Sept lepas merekodkan 467,223 kuota diluluskan.

KSM lulus 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing sehingga 26 Sept
Keperluan guna tenaga pekerja warga asing di Malaysia adalah dalam lingkungan 1.8 juta dan merupakan jumlah maksima yang pernah dicapai.

Perkasa wanita: Jangan hanya sebab kuota, nilailah kemampuan - Mourhrna
Tidak wajar menaikkan kedudukan wanita dalam satu organisasi hanya atas faktor mahu memenuhi kuota, kata Mourhrna Anetha Reddy.

Liga-M kekal dahului Singapura, Indonesia ranking kelab AFC
Laman sesawang rasmi AFC memaparkan liga tempatan negara berada di ranking keempat kekal di belakang liga Thailand, Filipina dan Vietnam.

Haji: Kerajaan Arab Saudi belum keluarkan kuota jemaah - Marzuk
Ahmad Marzuk Shaary berkata kuota jemaah dijangka berkurangan berbanding 42,000 orang sebelum ini.

Terbuka Malaysia 2021 diteruskan selagi ada penyertaan
Kejohanan berstatus Super 750 yang juga platform kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu masih diteruskan walaupun ada negara yang menarik diri.