KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata, peningkatan itu akan membolehkan masa menunggu untuk menunaikan haji dapat dipendekkan.
"Apapun, usaha untuk memendekkan tempoh menunggu menunaikan haji ini tidak boleh lari daripada keputusan kerajaan Arab Saudi meluluskan kuota haji tahunan untuk setiap negara termasuk Malaysia.
"Pada masa yang sama, kerajaan Arab Saudi di bawah perancangan ekonomi Visi 2030 sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah haji kepada lima juta orang menjelang 2030," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) semasa sesi Pertanyaan Menteri-menteri, mengenai mekanisme yang dilaksanakan kerajaan bagi memendekkan tempoh giliran menunggu jemaah haji dan perancangan bagi mempercepatkan giliran jemaah yang berusia atau wargaemas.
Tambah Zulkifli, kuota rasmi negara pada tahun ini adalah seramai 31,600 jemaah.
Kerajaan katanya, telah mengambil inisiatif dengan membuat permohonan kepada kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan jumlah tersebut berdasarkan perangkaan terkini negara.
"Kita juga memohon kuota tambahan setiap tahun, namun permohonan kajian semula kuota tahunan dan pemberian kuota tambahan adalah tertakluk kepada keputusan kerajaan Arab Saudi,” jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, seramai sembilan orang bakal haji kategori B40 dan 50 bakal haji kategori M40 telah membuat bayaran penuh manakala 221 orang lagi telah bersetuju untuk menerima sebahagian sahaja dari bantuan kewangan haji.
"Jumlah keseluruhan jemaah haji yang menolak tawaran bantuan kewangan haji akan diketahui selepas selesai semua bakal haji menjawab tawaran tunai haji," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 19 2024
![Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710830710_DrZulkifliHasan.jpg)
Zulkifli berkata, peningkatan itu akan membolehkan masa menunggu untuk menunaikan haji dapat dipendekkan. - Gambar fail
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000 Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736936939_TBhaji.jpg)
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
![Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687154272_Wuquf.jpg)
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
![Malaysia tunggu maklum balas Arab Saudi berkenaan kuota tambahan haji 2025 Malaysia tunggu maklum balas Arab Saudi berkenaan kuota tambahan haji 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727453990_DatukDrMohdNaim.jpg)
Malaysia tunggu maklum balas Arab Saudi berkenaan kuota tambahan haji 2025
Mohd Na'im berkata pihaknya telah mengemukakan rayuan bertulis kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi mengenai perkara tersebut.
![Malaysia mohon tambahan kuota Haji - Mohd Na'im Malaysia mohon tambahan kuota Haji - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724741854_Naim.jpg)
Malaysia mohon tambahan kuota Haji - Mohd Na'im
Perkara itu disampaikan semasa pertemuan beliau bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, pada Isnin.
![Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710830710_DrZulkifliHasan.jpg)
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
![TH sangkal dakwaan agih kuota haji kepada PJH TH sangkal dakwaan agih kuota haji kepada PJH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697875574_TabungHaji.jpg)
TH sangkal dakwaan agih kuota haji kepada PJH
Kuota haji berjumlah 31,600 yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi adalah mengikut sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep "Mendaftar Dahulu, Didahulukan".
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Januari 2024.
![Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688857505_jemaahhaji.jpg)
Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah.
![Malaysia hasrat tambah kuota haji tahun hadapan - Menteri Agama Malaysia hasrat tambah kuota haji tahun hadapan - Menteri Agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/71582820173_jemaahhaji.jpg)
Malaysia hasrat tambah kuota haji tahun hadapan - Menteri Agama
Malaysia telah menyampaikan hasrat kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota haji kepada 31,950 pada tahun hadapan selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara.
![Tiada had usia, kuota haji kembali normal - Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Tiada had usia, kuota haji kembali normal - Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616687119_Wuquf.jpg)
Tiada had usia, kuota haji kembali normal - Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Jumlah jemaah haji luar negara diumum kembali seperti sebelum pandemik COVID-19 dan tanpa sebarang had usia.