KUALA LUMPUR: Kuota harian bagi penumpang di bawah inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL Darat) Malaysia-Singapura akan ditambah daripada 2,160 kepada 3,420 orang mulai Isnin depan (14 Mac).
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata keputusan itu bagi membolehkan lebih ramai penumpang merentasi sempadan Malaysia-Singapura tanpa kuarantin dan lain-lain keperluan yang dikenakan sebelum ini.
Penambahan kuota penumpang itu adalah susulan pengumuman kementerian itu pada 16 Feb lepas untuk meningkatkan kapasiti penumpang daripada 50 peratus kepada 100 peratus.
"Sehubungan itu, penjualan tiket bas untuk tambahan kuota harian ini akan bermula esok bagi perjalanan mulai Isnin (14 Mac) dan seterusnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pengendali bas yang ditetapkan Malaysia di Terminal Larkin di Johor Bahru akan terus mengendalikan VTL Darat ke Singapura dan penumpang masih tertakluk kepada keperluan perjalanan VTL Darat sedia ada termasuk menjalani ujian praberlepas (PDT) dan ujian semasa ketibaan (OAT).
Sementara itu, Wee turut memaklumkan perjanjian VTL Darat dengan Singapura kekal berkuat kuasa sebagai perjanjian dua hala antara kedua-dua negara dalam memastikan keselamatan perjalanan darat melalui Tambak Johor yang lebih baik, walaupun Malaysia akan beralih ke fasa endemik mulai 1 April dengan protokol perjalanan.
"Perjanjian dua hala ini akan diteliti dari semasa ke semasa oleh kedua-dua negara dan sebarang keputusan akan dimaklumkan kelak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022

Kuota harian bagi penumpang di bawah inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL Darat) Malaysia-Singapura akan ditambah daripada 2,160 kepada 3,420 orang mulai Isnin depan (14 Mac). - Gambar fail/Astro AWANI

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kuota harian VTL darat ditambah mulai Isnin - Wee
Kuota harian bagi penumpang di bawah inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL Darat) Malaysia-Singapura akan ditambah daripada 2,160 kepada 3,420 orang mulai Isnin depan (14 Mac).

Kerajaan cadang tambah kuota harian pengembara VTL-Darat
Setakat ini, tempoh kuarantin tidak dikenakan terhadap pengembara ekoran kadar vaksinasi yang tinggi di kedua-dua negara.