BENTONG: Kuota minyak masak bersubsidi yang diperuntukkan sebanyak 55,000 tan metrik sebulan atau 660,000 tan metrik setahun mencukupi setakat ini, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Wee Jeck Seng.
Bagaimanapun, beliau berkata terdapat aduan yang diterima mengenai kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi dan pihaknya akan memanjangkan isu berkenaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut.
"Sebelum ini tak ada isu pun, cuma musim-musim tertentu seperti baru-baru ini dikatakan tidak cukup... kita kena lihat mengapa perkara ini berlaku... kerana dalam jumlah diperuntukkan memang cukup, tetapi apabila turun padang ke lapangan tak cukup minyak masak.
"Kita tahu peruntukan itu setakat ini tak jadi isu sebab untuk B40 minyak RM2.50 (sekilogram) itu tetap kita buat subsidi, tak ada kekurangan. Bagi pandangan saya, kalau benar tak cukup (bekalan minyak masak) boleh tambah kuota," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kerajaan Sarawak yang kini mengehadkan penggunaan tanah untuk penanaman kelapa sawit, Wee berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara tersebut.
"Ia baru diumumkan dan kena bincang apa tujuan dan kesannya, kerana sawit juga adalah sumber pendapatan," katanya.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan berkata menerusi dasar yang sedang dilaksanakan, Sarawak akan menumpukan kepada usaha memperkasa industri makanan, selain mementingkan penggunaan teknologi seperti Internet Benda (IoT) dalam memaksimumkan hasil tanaman petani dan memberi nilai tambah kepada industri makanan.
Pada majlis itu Wee turut menyampaikan Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Skim Bantuan Integrasi berjumlah antara RM3,000 hingga RM15,000 kepada pekebun kecil.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng menyampaikan ucapan pada Program Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini. - Foto BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Kuota minyak masak bersubsidi mencukupi - Wee
Kuota minyak masak bersubsidi yang diperuntukkan sebanyak 55,000 tan metrik sebulan atau 660,000 tan metrik setahun mencukupi setakat ini.