PUTRAJAYA: Keputusan analisis makmal sama ada terdapat kehadiran alga berbahaya terhadap kupang di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan dijangka diketahui esok, kata Jabatan Perikanan (DoF).
Dalam kenyataan hari ini, DoF memaklumkan pihaknya masih menjalankan analisis makmal terhadap kupang di perairan Port Dickson.
"DoF sebelum ini telah mengambil langkah awal dengan mengeluarkan larangan sementara bagi menjual dan mengeluarkan kupang ternakan sama ada melalui sistem panggar atau pancang," menurut kenyataan itu.
DoF sentiasa melaksanakan pemantauan keselamatan kerang-kerangan di Malaysia secara berjadual di bawah Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (NSSP) yang melibatkan sampel kerang-kerangan ternakan dan liar.
"Orang ramai juga diminta melaporkan kepada Jabatan Perikanan Negeri atau Daerah yang berdekatan jika melihat perubahan warna air laut yang mencurigakan," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, DoF Negeri Sembilan dilapor telah mengambil sampel kupang dan air di perairan Port Dickson susulan dakwaan berlaku kes keracunan makanan akibat makanan laut itu.
Pengurusan Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang dilapor mengeluarkan hebahan larangan membeli serta memakan kupang dan kerang tempatan buat sementara waktu berikutan terdapat kes keracunan makanan disyaki berpunca daripada memakan kupang dan kerang dari perairan Port Dickson.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
![Kupang beracun di PD: Keputusan analisis makmal diketahui esok - DoF Kupang beracun di PD: Keputusan analisis makmal diketahui esok - DoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712142999_kupang.jpg)
DoF memaklumkan pihaknya masih menjalankan analisis makmal terhadap kupang di perairan Port Dickson. - Gambar hiasan
Kepelbagaian bangsa dan agama kekuatan Sarawak dalam kekalkan perpaduan
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah memaklumkan kepelbagaian bangsa, agama, dan latar belakang menjadi kekuatan Sarawak dalam mengekalkan perpaduan.
Terdapat 1,080 taska masih belum berdaftar di seluruh negara
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata daripada 1,080 taska yang masih belum berdaftar, 95 daripadanya adalah di Sarawak.
Sarawak tingkat pengeluaran hidrogen hijau komersial
Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih.
![Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734499387_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta
Polis menerima 58 laporan berhubung penipuan skim pelaburan mesin layan diri anjuran sebuah syarikat dengan kerugian keseluruhan berjumlah RM6.7 juta.
Colform sasar lebar sayap ke ibu negara baharu Indonesia
Pengeluar produk keluli berpangkalan di Sabah, Colform Group Bhd menyasarkan merebut peluang di ibu kota baharu Indonesia, Nusantara, susulan penyenaraiannya di Bursa Malaysia.
Perjanjian MA63: Tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah boleh diselesaikan
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata tuntutan tersebut selari dengan usaha dan keperluan Kerajaan Negeri dalam membangunkan Sabah dari segi infrastruktur, sosioekonomi serta kebajikan rakyat.
Statistik jenayah komersil daerah Tawau menurun
Statistik jenayah komersil daerah Tawau sepanjang tempoh 12 bulan tahun lalu mencatat penurunan dengan 149 kes dilaporkan berbanding 161 kes bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
TUDM hantar 8 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.
![Kerajaan mohon gantung keputusan pelarasan pencen pesara, kiraan ambil masa Kerajaan mohon gantung keputusan pelarasan pencen pesara, kiraan ambil masa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654177993_TBROSMAHCOURT.jpg)
Kerajaan mohon gantung keputusan pelarasan pencen pesara, kiraan ambil masa
Kerajaan memfailkan permohonan untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan semakan kehakiman berhubung pelarasan bayaran pencen pesara.
Ketidakpastian dasar perdagangan jejas sentimen pelabur
Ketidakpastian dasar perdagangan global memberi kesan kepada keyakinan pelabur, dengan pasaran mengalami peningkatan volatiliti, kelemahan mata wang, dan kejatuhan sektor eksport utama.
![Kupang tercemar: DoF Melaka pantau, ambil sampel kedua minggu depan Kupang tercemar: DoF Melaka pantau, ambil sampel kedua minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712469570_DrMuhamadAkmalSal.jpg)
Kupang tercemar: DoF Melaka pantau, ambil sampel kedua minggu depan
Jabatan Perikanan Melaka melaksanakan pemantauan secara proaktif dan mengambil langkah pencegahan lebih awal berikutan penemuan alga spesies berbahaya pada sampel air dan kupang di di Sebatu.
![Kupang tercemar semulajadi, isu dipulihkan dalam masa terdekat - MB Kupang tercemar semulajadi, isu dipulihkan dalam masa terdekat - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712461343_AminuddinHarun.jpg)
Kupang tercemar semulajadi, isu dipulihkan dalam masa terdekat - MB
Aminuddin berkata, kupang tersebut dicemari toksik secara semulajadi, dan bukan berpunca daripada aktiviti pihak-pihak tertentu.
![Singapura sekat bekalan dan penjualan kupang dari Port Dickson Singapura sekat bekalan dan penjualan kupang dari Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712142999_kupang.jpg)
Singapura sekat bekalan dan penjualan kupang dari Port Dickson
Singapura telah menyekat bekalan dan penjualan kupang dari Port Dickson, Malaysia, kerana didapati mengandungi biotoksin berbahaya.
![Kupang di Port Dickson disahkan beracun, dicemari biotoksin - DoF Kupang di Port Dickson disahkan beracun, dicemari biotoksin - DoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712222434_kupang.jpg)
Kupang di Port Dickson disahkan beracun, dicemari biotoksin - DoF
Sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.
![Kupang beracun di PD: Keputusan analisis makmal diketahui esok - DoF Kupang beracun di PD: Keputusan analisis makmal diketahui esok - DoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712142999_kupang.jpg)
Kupang beracun di PD: Keputusan analisis makmal diketahui esok - DoF
Keputusan analisis makmal sama ada terdapat kehadiran alga berbahaya terhadap kupang di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan dijangka diketahui esok, kata Jabatan Perikanan (DoF).