KUALA LUMPUR: Kurang sebulan perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt lepas menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan setakat 15 Nov, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata daripada jumlah itu, 23 peratus atau 3,983 saringan mempunyai risiko kemurungan, manakala 15 peratus atau 2,592 saringan didapati memiliki risiko keresahan.
"Individu-individu yang mempunyai risiko ini ada akses secara terus melalui MyMinda untuk mendapatkan bantuan kaunseling," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai pencapaian modul MyMinda sejak diperkenalkan dalam aplikasi MySejahtera.
Menjawab soalan asal Noraini berhubung status pengoperasian dan pencapaian Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Dr Zaliha berkata kemudahan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 (Help with Empathy and Love) NCEMH telah merekodkan 26,139 panggilan berkaitan kesihatan mental setakat ini.
Dr Zaliha berkata jumlah itu merangkumi 16,942 pemanggil mendapat bantuan sokongan emosi dan 9,197 klien menerima intervensi khusus oleh Pegawai Psikologi Kaunseling.
"Rekod juga mencatatkan 217 kes melibatkan tingkah laku bunuh diri meliputi 99 kes ialah idea bunuh diri dan 118 kes pula cubaan bunuh diri. Semua klien cubaan bunuh diri telah diberikan intervensi dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023
![Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695110477_TBzaliha.jpg)
Menurut Dr Zaliha, individu-individu yang mempunyai risiko ini ada akses secara terus melalui MyMinda untuk mendapatkan bantuan kaunseling.- Gambar fail/Japen
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695110477_TBzaliha.jpg)
Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.
![Elak tanggapan serong terhadap individu hidap masalah kesihatan mental Elak tanggapan serong terhadap individu hidap masalah kesihatan mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699677174_KKM.jpg)
Elak tanggapan serong terhadap individu hidap masalah kesihatan mental
Perkara utama yang perlu difahami dalam konteks penghidap kesihatan mental adalah menyedari perubahan yang berlaku dalam diri individu.
![MyMinda: KKM kesan 1,315 individu ada ciri-ciri untuk bunuh diri – Dr Zaliha MyMinda: KKM kesan 1,315 individu ada ciri-ciri untuk bunuh diri – Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698816651_DrZalihaMustafa.jpg)
MyMinda: KKM kesan 1,315 individu ada ciri-ciri untuk bunuh diri – Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) menerima data yang membimbangkan mengenai tahap kesihatan mental sebahagian rakyat Malaysia termasuk berkaitan kecenderungan untuk membunuh diri.