KUALA LUMPUR: Walaupun kurang sihat hampir sebulan, pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dijangka tetap beraksi pada kejohanan All England 2023 di Birmingham pada 14 hingga 19 Mac ini.
Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan berkata pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 itu mengalami batuk berpanjangan hampir sebulan sehingga menyebabkan beliau terlepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini, buat seketika.
"Saya telah beri beliau rehat selama beberapa hari," katanya ringkas kepada pemberita sebelum beredar meninggalkan gelanggang latihan pada Selasa.
Kali terakhir pemain nombor 28 dunia tersebut beraksi adalah di Masters Thailand 2023 di Bangkok, Thailand yang berlangsung pada 31 Jan hingga 5 Feb lepas yang menyaksikannya tersingkir di peringkat suku akhir di tangan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong, 14-21, 20-22.
Sementara itu, pemain beregu campuran negara yang kini meningkat naik, Toh Ee Wei tekad untuk merebut Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China, pada 14 hingga 21 Mei ini bersama pasangannya Chen Tang Jie.
Biarpun dijangka berdepan saingan sengit dengan beregu lain termasuk dua gandingan profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk ke China, Ee Wei berkata beliau sememangnya tidak akan mensia-siakan peluang tersebut sekiranya mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan.
Mengenai aksi sulung di Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, minggu lepas, pemain berusia 22 tahun itu tetap menyifatkannya sebagai satu pengalaman yang mengujakan biarpun pasukan negara terkandas di peringkat suku akhir kepada China, 3-2.
"Kami telah mencuba yang terbaik lawan China cuma tiada nasib," kata Ee Wei.
Di Dubai, Tang Jie-Ee Wei telah bermain dalam dua perlawanan Kumpulan B yang menyaksikan mereka diturunkan buat kali pertama ketika membantu skuad negara membenam Kazakhstan 5-0 dengan menewaskan Makhsut Tadzhibullaev-Aisha Zhumabek, 21-9, 21-10.
Mereka kemudian tewas kepada Ishaan Bhatnagar-Tanisha Crasto 19-21, 21-19, 16-21 pada perlawanan terakhir Kumpulan B dengan India menewaskan Malaysia 4-1.
Justeru, beliau berharap dapat segera bangkit dan menggunakan sesi latihan ketika ini untuk menguatkan mental selain mahu mencapai konsistensi pada beberapa siri kejohanan di Eropah bulan depan termasuk Terbuka Jerman 2023 dan All England 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023

Ng Tze Yong ketika beraksi menentang pemain Jepun Naraoka Kodai pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil, 12 Jan 2023. - Foto fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Rexy optimis Tang Jie-Ee Wei tempah slot Olimpik di All England
Keyakinan itu berasaskan prestasi dipamerkan pasangan berkenaan pada Kejohanan Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China, Disember lepas.

Prestasi Zii Jia konsisten selepas bergelar profesional
Legenda perseorangan badminton negara Datuk Rashid Sidek berkata Zii Jia bermain dengan baik dan tidak jauh daripada prestasinya sebelum ini.

Nasihat Chong Wei bantu Zii Jia juarai All England
Zii Jia mengakui, Chong Wei kerap berhubung dengannya untuk memberikan kata-kata semangat.

All England: Pearly dan Thinaah tekad untuk bangkit daripada kegagalan
Beregu wanita negara yang semakin menyerlah Pearly Tan dan M. Thinaah, bertekad untuk melakukan yang terbaik dalam cabaran akan datang.

All England: Zii Jia tewas kepada Viktor Axelsen di separuh akhir
Dalam perlawanan separuh akhir itu, Zii Jia tewas 21-17, 13-21, 19-21 kepada Viktor, di Arena Birmingham, England.

Seluruh England: Aaron-Wooi Yik muncul naib juara
Set penentuan menyaksikan kedua-dua pasangan saling berkejar mata, namun Aaron dan Wooi Yik terperangkap dengan gerakan pasangan Indonesia.

Impian Goh-Shevon ke final All England musnah
Impian beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk mara ke pentas final kejohanan badminton All England 2019 tidak kesampaian.

Seluruh England: Jin Wei perlu kerah segala keringat
2018 menyaksikan Jin Wei membuat penampilan pertamanya dalam kejohanan ini namun dia disingkirkan Aya Ohori dalam pusingan kedua.

Dua beregu utama negara ke suku akhir Seluruh England
Dua beregu utama negara berjaya mengikut jejak Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England yang berlangsung di Birmingham.

Chong Wei, empat beregu mara ke pusingan kedua Seluruh England
Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei mengetuai cabaran negara mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Seluruh England yang berlangsung di Birmingham.