KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian bagi mencari kaedah mengurangkan bebanan pemuzik jalanan termasuk isu bayaran royalti.
Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, perbincangan itu melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Isu yang sedang menekan para pemuzik jalanan ketika ini ialah berkaitan bayaran tapak atau lesen dan juga royalti yang terpaksa mereka tanggung sedangkan kita tahu mereka ini buat persembahan pun tiada bayaran dikenakan.
"Ada sesetengah tempat kerajaan tempatan kenakan bayaran yang agak tinggi, kalau boleh kita mahu bincang supaya ia dapat diberi percuma atau kenakan bayaran yang minimum," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Sesi Santai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia, di sini, hari ini.
Mengenai bayaran royalti pula, Zahidi berkata, pihaknya juga dalam perancangan untuk mewujudkan Perbadanan Muzik yang dilihat dapat membantu mengurangkan bebanan pemuzik jalanan itu.
"Selain itu, melalui inisiatif MyCreative Ventures juga kita akan lihat bagaimana untuk kita adakan pertunjukan yang kita anjurkan sendiri yang tujuannya untuk beri peluang kepada para pemuzik jalanan ini mengadakan persembahan mereka," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 31 2022
![Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71667221640_PENGHIBUR.jpg)
Zahidi Zainul Abidin bergambar dengan penghibur jalanan pada Sesi Santai Bersama persatuan itu di Ruang Legar Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar BERNAMA
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Pemakaman Ratu Elizabeth II: Larangan 'busking' buat pemuzik jalanan mengeluh Pemakaman Ratu Elizabeth II: Larangan 'busking' buat pemuzik jalanan mengeluh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663229538_Busking.jpg)
Pemakaman Ratu Elizabeth II: Larangan 'busking' buat pemuzik jalanan mengeluh
Semua bentuk hiburan termasuk kelab malam dan perlawanan bola sepak utama telah dibatalkan semasa negara itu berkabung.
![Busker sambut baik kebenaran kerajaan berkarya dalam normal baharu Busker sambut baik kebenaran kerajaan berkarya dalam normal baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61586331349_MYBC.jpg)
Busker sambut baik kebenaran kerajaan berkarya dalam normal baharu
Golongan busker atau pemuzik jalanan turut menerima berita gembira apabila dibenarkan menjalankan aktiviti mulai 10 Jun ini.