KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyasarkan untuk menurunkan Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) hingga 100 minit menjelang 2030 dalam usaha mengurangkan gangguan bekalan elektrik untuk rakyat di negeri ini.
Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata nilai SAIDI dalam sistem bekalan elektrik Sabah kini adalah kira-kira 274.43 minit yang dapat diturunkan berbanding 4,109 minit pada 2005, 424 minit pada 2013 dan 302 minit pada tahun lepas.
"Banyak kemajuan telah dicapai dalam nilai SAIDI tetapi SESB akan bekerja keras untuk terus mengurangkannya bagi menjamin keperluan bekalan elektrik yang boleh diharap dan diyakini ke semua kawasan dan di seluruh Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan buku The SESB Story bersempena dengan sambutan Jubli Perak ke-25 SESB dan sambutan Krismas serta Tahun Baharu di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SESB Mohd Yaakob Jaafar.
Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata nilai SAIDI itu antara lima cabaran dihadapi SESB ketika ini, selain mencapai sasaran margin rizab bekalan tenaga elektrik sebanyak 30 peratus berbanding pada masa kini hanya pada paras 12 peratus, yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada pengguna.
Beliau berkata kebergantungan kepada Subsidi Sokongan Tarif (TSS) daripada kerajaan Persekutuan menyebabkan aspek kelestarian kewangan SESB berada pada tahap kritikal dan pada tahun lepas, TSS telah mencecah RM862 juta.
"SESB menjual elektrik pada kadar purata tarif asas 34.52 sen seunit elektrik (sen/kWj), jauh lebih rendah berbanding kos purata penjanaan iaitu 43.83 sen/kWj. Perbezaan kadar ini mengakibatkan kerugian purata sebanyak 10 sen/kWj bagi setiap unit elektrik yang dijual," katanya.
Selain itu, bagi melestarikan kewangan SESB, beliau berkata adalah penting bagi SESB mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana pihak termasuk subsidi kerajaan untuk memiliki keupayaan penjanaan elektrik sendiri sekurang-kurangnya beban utama SESB sebanyak 700 MW.
Sementara itu pada sidang media, Madius berkata SESB telah bersedia untuk mengambil alih semula kuasa mengawal selia bekalan elektrik negeri selepas persidangan khas Dewan Undangan Negeri Sabah yang dijadualkan pada 3 Jan tahun depan.
Beliau berkata kerjasama antara pengawal selia dengan pembuat dasar penting agar kepentingan semua pihak dapat dilihat bersama dan pada masa sama pengguna juga harus memahami peranan SESB terutamanya berkaitan tarif yang bukan di bawah SESB tetapi ditentukan Suruhanjaya Tenaga.
Sementara itu, beliau berharap buku The SESB Story itu akan memberi maklumat yang mendalam kepada orang ramai mengenai peranan termasuk cabaran yang dihadapi oleh SESB, dan terbitan pertama sebanyak 200 buku akan diedarkan kepada pemimpin masyarakat di Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023

Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata nilai SAIDI dalam sistem bekalan elektrik Sabah kini adalah kira-kira 274.43 minit. - Gambar fail/Astro AWANI

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

SESB pantau kestabilan bekalan elektrik di Labuan
Gangguan bekalan gas di pulau itu secara langsung menghentikan bekalan gas ke Stesen Janakuasa Patau-Patau milik SESB.
![[KOLUMNIS] Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah [KOLUMNIS] Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704248083_TBbekalanelektrik.jpg)
[KOLUMNIS] Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Hari ini DUN akan mengadakan sidang khas bagi membahaskan keputusan menyerahkan kembali kuasa selia sektor bekalan elektrik kepada kerajaan negeri Sabah.

Kurangkan gangguan elektrik, SESB sasar turunkan SAIDI hingga 100 minit
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyasarkan untuk menurunkan Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) hingga 100 minit menjelang 2030.

Sabah sasar liputan elektrik luar bandar capai 99.9 peratus menjelang 2025
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah menyasarkan liputan program Bekalan Elektrik Luar Bandar di negeri itu mencapai 99.9 peratus menjelang akhir 2025, persidangan DUN Sabah diberitahu hari ini.

Imbuhan kepada pemberi maklumat curi elektrik, usik meter
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memberi imbuhan kepada pemberi maklumat kes kecurian elektrik dan usikan pepasangan meter dalam usaha mengekang jenayah itu daripada terus berleluasa.

AIM dan SESB bekerjasama baik pulih rumah peserta - Lajim
AIM dan SESB akan turut berkerjasama dalam beberapa program lain, seperti menyediakan peruntukan untuk pendawaian kepada rumah B40 yang berdaftar dengan eKasih.

Tiada pemotongan bekalan elektrik walau tertunggak 6 bulan - Menteri
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata arahan itu berkuat kuasa pada 1 Januari hingga 31 Mac 2021.

COVID-19: Elektrik tidak dipotong jika lewat bayar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
TNB dan Sabah Electricity Sdn Bhd telah bersetuju untuk memberi kelonggaran ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Guru wanita mati ditikam perompak di Sabah
Seorang guru sekolah rendah ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian kepala dan badan di sebuah rumah berhampiran kuarters Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang, Ranau, pagi tadi.
Jangan pasang bahan kempen pada infrastruktur elektrik - SESB
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) meminta semua parti politik yang bertanding agar tidak memasang bahan kempen berhampiran tiang elektrik.