KUALA LUMPUR: Kursus-kursus dalam aliran bukan sains akan diubah bagi memberikan keterampilan kemahiran kepada pelajar universiti serta di institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), bersesuaian dengan keperluan pekerjaan pada masa depan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu antara yang menjadi keutamaan kepada Kerajaan MADANI kerana melihat terdapat 1,344 institusi TVET di seluruh negara dengan 12 kementerian turut mengendalikan soal pendidikan itu.
"Untuk mahasiswa, apa yang diperlukan ialah kita akan merubah kursus-kursus yang diambil dalam liberal art atau aliran bukan sains untuk kita berikan keterampilan kemahiran, bukan sekadar kepada (pelajar) universiti malah juga (institusi) TVET lain seperti politeknik.
"Selain itu kita mempunyai Institut Kemahiran MARA bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan ini penting untuk memberikan peluang kepada pelajar dan bakal-bakal pekerja yang kita sebut sebagai guna tenaga penuh dalam negara," kata beliau pada sesi dialog sempena penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Sesi itu turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata dengan komitmen Perdana Menteri yang berada di tahap tinggi untuk melihat seluruh rakyat Malaysia mempunyai pekerjaan yang baik, beliau yakin perancangan ke arah perubahan itu akan benar-benar dapat dicapai.
"Saya pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri sebanyak dua kali dan saya lihat Perdana Menteri (Anwar) ini berbeza dengan tiga orang Perdana Menteri sebelumnya.
"Untuk itu, dalam tempoh empat tahun mendatang jika rakyat terus bersatu dan semua menteri bekerja sebagai satu pasukan, saya amat yakin kestabilan politik bukan hanya dapt memacu pembangunan negara tetapi juga ekonomi dan peluang-peluang pekerjaan," kata Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara.
Sementara itu, Fadillah berkata dalam memastikan kemahiran mereka selari dengan keperluan pekerjaan pada masa depan, para pelajar disarankan agar mengkaji setiap dasar dan inisiatif kementerian bagi memastikan mereka dapat melengkapkan diri dengan ilmu dan kepakaran terkini.
"Misalnya di sektor peladangan dan komoditi, peluang (pekerjaan) yang ada ialah berhubung kepakaran anak muda menggunakan automasi dan mekanisasi. Selain itu kepakaran dalam penghasilan baja yang bersifat mesra alam dan mampu milik agar boleh digunakan petani untuk meningkatkan produktiviti mereka.
"Inilah perkara yang diharapkan daripada generasi muda yang sedang menuntut ilmu di universiti agar mereka dapat meningkatkan kepakaran dan kemahiran demi masa depan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023

Ahmad Zahid berkata dengan komitmen tinggi Perdana Menteri untuk melihat seluruh rakyat Malaysia mempunyai pekerjaan yang baik, beliau yakin perancangan ke arah perubahan itu akan benar-benar dapat dicapai. - Gambar fail/BERNAM

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan lima individu
Polis membongkar makmal haram pemprosesan dadah selepas menyerbu sebuah rumah di Nilai, Isnin lalu dengan membabitkan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggar bernilai RM3.2 juta.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
A.S - Mexico: Mexico ikrar lindungan kedaulatan, A.S label kartel pengganas
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan mencadangkan pindaan perlembagaan bagi memperkukuh perlindungan terhadap kedaulatan negara.
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir
Trak yang membawa rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Kursus dalam aliran bukan sains akan diubah bagi beri keterampilan kemahiran - Ahmad Zahid
Perkara itu jadi keutamaan kerana terdapat 1,344 institusi TVET di seluruh negara dengan 12 kementerian mengendalikan soal pendidikan itu.