TUARAN: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran dan latihan profesional terutama melibatkan sektor tumpuan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, ini sebagai usaha melahirkan seterusnya membekalkan lebih banyak graduan profesional serta berkemahiran tinggi terutama dalam sektor minyak dan gas yang turut menjadi industri tumpuan dalam NIMP 2030.
Justeru, beliau mahu agensi berkaitan di bawah Kuskop memudah cara permohonan mana-mana institusi terutama di Sabah yang berhasrat mengembangkan pusat latihan mereka dengan membina fasiliti diperlukan bagi menjalankan kursus serta latihan melibatkan sektor berkenaan.
"Sektor (minyak dan gas) ini antara tumpuan kita dan dalam konteks Sabah, industri ini sedang berkembang.
"Semoga dengan kerjasama ini, Kuskop dan agensinya dapat membantu melahirkan anak-anak muda Sabah yang mendapat jaminan pekerjaan dalam bidang minyak dan gas," katanya kepada pemberita selepas melawat ESTC Academy Sdn Bhd yang turut dihadiri Pengerusi akademi itu, Datuk Seri Wilfred Bumburing, di sini, pada Jumaat.
ESTC Academy diwujudkan pada 2015 yang antara lain menyediakan latihan tindak balas kecemasan, latihan kesihatan dan keselamatan, serta kursus kemahiran industri termasuk dalam bidang minyak dan gas.
Setakat ini, akademi itu menganjurkan 340 kursus yang memenuhi keperluan industri di Sabah dan kira-kira 3,600 pelatih telah mengikuti kursus di pusat latihan berkenaan.
Mengulas lanjut, Ewon berkata, kementeriannya juga akan melihat keperluan penyertaan program di bawah Latihan dan Pendidikan Profesional (Protege) dengan pusat latihan berkaitan sektor minyak dan gas di Sabah, selain menyediakan pembiayaan pendidikan kepada pelajar B40 yang mengikuti kursus tersebut.
"Di bawah program Protege, kita ada pembiayaan untuk melatih serta menempatkan graduan (dalam industri). Saya juga ingin melihat program Protege ini diolah semula untuk memberi fokus kepada sektor baharu yang menjadi tumpuan dalam NIMP 2030," katanya yang mahu pusat latihan seperti ESTC Academy dimasukkan dalam pelaksanaan Protege mulai tahun ini.
Dalam pada itu, Ewon berkata agensi di bawah kementeriannya seperti SME Bank, SME Corp serta Bank Rakyat juga boleh memberi pembiayaan kepada mana-mana syarikat kecil dan sederhana di seluruh negara termasuk Sabah yang mahu melibatkan perkhidmatan dalam sektor minyak dan gas. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran dan latihan profesional, kata Ewon .Benedick
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan lima individu
Polis membongkar makmal haram pemprosesan dadah selepas menyerbu sebuah rumah di Nilai, Isnin lalu dengan membabitkan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggar bernilai RM3.2 juta.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
A.S - Mexico: Mexico ikrar lindungan kedaulatan, A.S label kartel pengganas
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan mencadangkan pindaan perlembagaan bagi memperkukuh perlindungan terhadap kedaulatan negara.

Premier Abang Johari beri 'lampu hijau' untuk projek jambatan di Sibu
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan 'lampu hijau' untuk pembinaan jambatan sepanjang 400 meter yang menghubungkan tebing barat Sibu dengan pusat bandar.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.

Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.

Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM
Apabila pelajar memahami prospek pekerjaan dalam bidang ini, mereka lebih bersedia memilih aliran STEM di tingkatan empat dan lima.

Gaji guru di Syria RM60 sebulan: Krisis pendidikan yang membimbangkan
Sektor pendidikan di Syria, terutamanya di Aleppo, menghadapi cabaran besar untuk dibangunkan semula.

British Council boleh 'lenyap' dalam sedekad tanpa bantuan kewangan
British Council terdapat di 100 negara di seluruh dunia tetapi kini terpaksa mempertimbang untuk menutup operasi di 30 hingga 40 negara.