Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu berjaya memungut hasil kutipan cukai sebanyak RM639 juta sehingga September lalu berbanding sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan sebanyak RM565 juta tahun ini.
Pengarahnya, Aidid Tajuddin berkata pencapaian luar biasa itu berjaya dicapai pada 6 Ogos lepas iaitu empat bulan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan, sekali gus menjadi negeri pertama mencapai KPI.
"Kejayaan ini dicapai atas usaha gigih pegawai selain perkongsian sumber dalaman yang sedia ada selaras dengan konsep Strategi Lautan Biru Kastam (CBOS)," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di sini, baru-baru ini.
Selain itu, katanya, mendidik pembayar cukai mengenai tanggungjawab melunaskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) turut menyumbang kepada kejayaan mencapai sasaran itu dengan lebih awal.
"Apa yang kita lakukan adalah mendidik mereka, (supaya membayar cukai) bukan menghukum... kita boleh tengok dalam aspek GST di mana kita boleh banding dengan negara luar yang kebanyakannya pelaksanaan pendidikan hanya mengambil masa selama satu tahun.
"Manakala penguatkuasaan melalui hukuman hanya dilakukan pada tahun kedua... tetapi kaedah yang diamalkan oleh JKDM hingga kini ialah walaupun telah masuk tahun kedua, kita masih lagi mendidik dan ia telah memberikan hasil kutipan di luar jangkaan," katanya.
"Keadaan ekonomi yang stabil di Terengganu juga menyumbang kepada peningkatan prestasi pungutan cukai hingga berjaya melepasi sasaran lebih awal," katanya.
Menurutnya, tahun lepas, pihaknya telah mencapai sasaran 98 peratus kutipan hasil cukai tetapi tahun ini telah mencecah 113 peratus sehingga September lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2017

Keadaan ekonomi yang stabil di Terengganu juga menyumbang kepada peningkatan prestasi pungutan cukai hingga berjaya melepasi sasaran lebih awal -Aidid Tajuddin. -BERNAMA

JKDM Selangor rampas kabin van, minuman keras, tembakau shisha bernilai lebih RM7 juta
Jabatan Kastam Selangor merampas kabin van, minuman keras dan tembakau shisha bernilai lebih RM7 juta dalam operasi berasingan di Pelabuhan Utara dan Barat, Klang.

Permohonan pengarah, penerbit Mentega Terbang rujuk persoalan undang-undang ditolak
Perbicaraan kes melukakan perasaan agama orang lain yang dihadapi pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang akan berlangsung seperti yang dijadualkan.

9 pelajar hilang ketika bercuti ditemui maut, anggota badan dikerat ditinggal tepi jalan
Mayat ditemui di dalam dan sekitar sebuah kenderaan di San Jose Miahuatlan, dengan beberapa mangsa telah dikenal pasti.

MOT perkenal dasar galak industri kargo, pengangkutan guna ECRL
Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan dasar baharu bagi menggalakkan syarikat kargo dan pengangkutan menggunakan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

11 rumah di Teluk Kemang terjejas banjir, satu PPS dibuka
Kawasan Pasir Panjang turut terjejas, dan polis telah memantau serta membantu penghuni berpindah ke tempat selamat.
[TERKINI] Keputusan bedah siasat, kematian berpunca tekanan di leher akibat jerutan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata hasil bedah siasat terhadap pegawai tribunal kastam mendapati kematian disebabkan tekanan di leher akibat jerutan.

Tiga sahabat bebas pertuduhan mengedar, memiliki dadah
Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan mengedar serta memiliki dadah jenis methamphetamine.
FIFA umum hadiah terbesar dalam sejarah piala dunia kelab
FIFA mengumumkan perincian hadiah terbesar dalam sejarah kejohanan kelab bagi edisi baharu Piala Dunia Kelab FIFA yang akan menampilkan 32 pasukan buat kali pertama.
[TERKINI] Kadar OPR kekal 3%
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia buat keputusan kekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3 peratus.
Pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan antara faktor insiden
Susulan kemalangan maut di KM204 Lebuh Raya Utara Selatan di Ayer Keroh tahun lalu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memaklumkan, antara faktor mempengaruhi insiden tersebut termasuk pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan, jalan raya dan persekitaran.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan peras ugut di sebuah kilang di Kapar, Selangor.

Kes penyeludupan bernilai RM10.87 juta di Selangor lumpuh
Rampasan sekitar Selangor itu membabitkan tembakau sedut, rokok putih dan kretek, e-waste serta beras bermula Julai hingga November lalu.

Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.

Remaja ditahan cuba seludup dadah hampir RM1 juta di KLIA
Cubaan dua rakyat tempatan untuk menyeludup dadah dengan menyembunyikannya dalam kotak makanan dan bungkusan minuman pracampuran gagal apabila dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.39 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM6.38 juta disyaki diseludup dalam satu operasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.

Pembantu penguasa kastam dituduh terima RM900, lepaskan ubat penumpang di KLIA
Seorang Pembantu Penguasa JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan menerima ganjaran berjumlah RM900 bagi melepaskan ubatan penumpang warga Bangladesh.

Kastam Kedah rampas 27,336 liter minuman keras
JKDM Kedah berjaya mematahkan sindiket penyeludupan minuman keras selepas merampas 27,336 liter minuman keras pelbagai jenama.

Minda teguh, disiplin tinggi elemen penting dipegang Adli 'Goldenboy' Hafidz
Peninju profesional negara Adli Hafidz Mohd Pauzi merupakan contoh yang baik, bagaimana seorang individu boleh mencapai keseimbangan antara dua kerjaya yang berbeza.

JKDM rampas 105kg dadah bernilai RM3.3 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 105 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM3.3 juta yang diisytiharkan sebagai teh herba Cina pada 15 Okt lepas.