Kutipan tayangan filem patriotik kontroversi ‘Tanda Putera’ akan disalurkan semula ke dalam dana program bagi membangun dan memberi peluang kepada lebih banyak filem-filem kenegaraan dihasilkan.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dalam sidang Dewan Rakyat mempersoalkan bahawa adakah filem Tanda Putera ini berdasarkan kisah benar punca peristiwa berdarah 13 Mei.
Beliau juga mempersoalkan, sekiranya kisah tersebut bukan berdasarkan kisah benar, mengapa agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan duit rakyat sebanyak RM4.8 juta digunakan dalam penerbitan filem ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam jawapan balasnya terhadap soalan tersebut menjelaskan bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta dalam peruntukkan tunai bagi pembikinan filem tersebut.
“Kementerian melalui Program Penerbitan Filem Kenegaraan dan Warisan di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta dalam bentuk peruntukkan tunai dan RM700,000 dalam bentuk penggunaan kemudahan produksi,” kata Ahmad Shabery.
Tambahnya lagi, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) pula telah memperuntukkan sebanyak RM 2 juta melalui geran pembangunan kandungan (BCi2) untuk pembikinan filem tersebut.
“Hasil kutipan itu barulah disalurkan semula ke dana program bagi membangun dan memberi peluang kepada lebih banyak filem-filem kenegaraan seperti Tanda Putera dihasilkan,” katanya.
Beliau turut menerangkan bahawa filem Tanda Putera yang telah ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos yang lalu adalah sebuah filem kenegaraan yang mengangkat kisah persahabatan dan pengorbanan dua negarawan iaitu, Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak dan timbalannya, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.
“Garapan yang menarik serta mengupas dengan jelas kemelut yang terpaksa diharungi kedua tokoh negarawan ini dalam menangani cabaran peristiwa 13 Mei 1969 dan kisah perjuangan mereka ini perlu dijadikan teladan dalam membangunkan Malaysia,” katanya lagi.
Aizat Sharif
Mon Sep 23 2013
![Kutipan filem 'Tanda Putera' disalur semula ke dalam dana program Kutipan filem 'Tanda Putera' disalur semula ke dalam dana program](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/71377818371_295x200.jpg)
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Mak terpaksa 'lepaskan' ayah kembali dalam politik - Anak Tun Dr Ismail Mak terpaksa 'lepaskan' ayah kembali dalam politik - Anak Tun Dr Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690629461_DrIsmail.jpg)
"Mak terpaksa 'lepaskan' ayah kembali dalam politik" - Anak Tun Dr Ismail
Keputusan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman untuk kembali memimpin negara selepas hampir dua tahun berehat demi meluangkan masa bersama keluarga, mencerminkan keperibadian beliau.
![Klip video amaran rusuhan, MCMC panggil TikTok beri penjelasan Klip video amaran rusuhan, MCMC panggil TikTok beri penjelasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669818847_tiktok.jpg)
Klip video amaran rusuhan, MCMC panggil TikTok beri penjelasan
Susulan penyebaran video berbaur provokasi yang tersebar di aplikasi TikTok, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memanggil pihak pengurusan syarikat berkenaan.
![Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612560096_DatukSeriAhmadMas.jpg)
Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas
Beliau mendakwa penulisan yang terkandung dalam buku itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.
![Mengenang Tun Rahah: Tenaga perkasa di belakang Tun Razak Mengenang Tun Rahah: Tenaga perkasa di belakang Tun Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71608348823_TBTUNRAHAHBW.jpg)
Mengenang Tun Rahah: Tenaga perkasa di belakang Tun Razak
Swee Tin berkata, Allahyarham juga antara individu yang sentiasa membawa ketenangan khususnya ketika era pemerintahan Tun Razak.
![Titik perpaduan beracuan ekonomi Titik perpaduan beracuan ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71570785125_HBREAKEKONOMINEGARA.jpg)
Titik perpaduan beracuan ekonomi
Umumnya masyarakat menerima fakta bahawa konflik ekonomi merupakan salah satu satu faktor asas yang menimbulkan perasaan tidak puas hati dan saling mencurigai antara kaum.
![Kenapa perlu bangkitkan cerita 13 Mei? - Muhyiddin Kenapa perlu bangkitkan cerita 13 Mei? - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51557730091_MuhyiddinYassin.jpg)
Kenapa perlu bangkitkan cerita 13 Mei? - Muhyiddin
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, sejarah itu harus dijadikan pengajaran selain memberitahu insiden itu berada di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
![Kenyataan '13 Mei' Jamal Yunos bersifat menghasut, polis akan ambil tindakan - KPN Kenyataan '13 Mei' Jamal Yunos bersifat menghasut, polis akan ambil tindakan - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81441892829_DatoJamalYunos.jpg)
Kenyataan '13 Mei' Jamal Yunos bersifat menghasut, polis akan ambil tindakan - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata kenyataan Presiden Baju Merah, Datuk Jamal Yunos yang dimuat naik di laman Twitter peribadinya pada 21 September lalu adalah berbau hasuta
![Ketakutan Melayu dan penyelesaian masalah perpaduan Ketakutan Melayu dan penyelesaian masalah perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387252068_295x200.jpg)
Ketakutan Melayu dan penyelesaian masalah perpaduan
Penyebaran mesej perpaduan dan fitrah manusia yang inginkan keharmonian perlu digerakkan dengan lebih radikal, berani dan melangkaui zon selesa jika mahukan hasil yang disasar menjadi realiti.
![13 Mei: Elak isu sensitif, kata bekas pemimpin PERKASA 13 Mei: Elak isu sensitif, kata bekas pemimpin PERKASA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/61400039749_295x200.jpg)
13 Mei: Elak isu sensitif, kata bekas pemimpin PERKASA
Rakyat Malaysia mesti mengelakkan memainkan isu sensitif dan menolak ekstremisme dalam memperingati 13 Mei.
![Kutipan filem 'Tanda Putera' disalur semula ke dalam dana program Kutipan filem 'Tanda Putera' disalur semula ke dalam dana program](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/71377818371_295x200.jpg)
Kutipan filem 'Tanda Putera' disalur semula ke dalam dana program
Kutipan tayangan filem patriotik kontroversi Tanda Putera akan disalurkan semula ke dalam dana program bagi membangun dan memberi peluang kepada lebih banyak filem-filem kenegaraan dihasilkan.