KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong didesak agar menyenaraikan projek tender terbuka sepanjang pentadbiran mereka sebagai menteri.
Desakan tersebut dibuat oleh bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke selepas Kementerian Pengangkutan (MOT) meneruskan semula projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) yang dirunding semula ketika di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agung DAP itu menambah, projek tersebut diteruskan semula tanpa perubahan kos dengan skop projek serta terma pelaksanaan dikekalkan sepertimana dirunding oleh PH pada 2019.
"Memang kita tahu projek kerajaan patut dibuat secara tender terbuka.
“Kita buktikan apa yang dikatakan ini tidak betul, dan kita nak Tengku Zafrul dan Wee makan balik kata-kata mereka. Kalau betul mereka nak buat secara tender terbuka, saya mahu cabar Tengku Zafrul untuk umumkan senarai projek yang dianugerahkan secara rundingan terus semasa pentadbirannya di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri.
“Kalau beliau boleh senaraikan 101 projek di bawah PH, kenapa tidak beliau senarai projek di bawah Perikatan Nasional (PN), dan Datuk Seri Ismail ketika ini?
“Saya juga nak Wee, kalau betul nak jadi juara projek tender terbuka, nyatakan berapa projek yang dia sendiri berikan secara tender terbuka dan rundingan terus sejak jadi menteri MOT,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat DAP pada Isnin.
Sebelum ini, Tengku Zafrul mengeluarkan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang dianugerahkan menerusi rundingan terus semasa pentadbiran PH termasuk membabitkan projek KVDT2 bernilai RM4.475 bilion yang diberikan kepada Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd.
KVDT2 dianugerahkan kontrak pada 4 April 2018, iaitu dua hari sebelum Dewan Rakyat dibubarkan dan dirunding semula oleh PH dengan kos menaik taraf kemudahan infrastruktur dikurangkan sebanyak 15 peratus berbanding kos asal melebih RM5 bilion.
Bagaimanapun pada September 2020, MOT menamatkan kontrak KVDT2 menyebabkan Dhaya Maju LTAT memfailkan saman terhadap kerajaan, Wee, Opus Consultants (M) Sdn Bhd dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selaku responden.
Begitupun pada 3 Ogos lalu, Wee dalam kenyataan bertulis di Dewan Rakyat mengesahkan projek KDVT2 diteruskan semula dan dilaksanakan oleh kontraktor sama iaitu Dhaya Maju LTAT.
Surat Setuju Terima (SST) bertarikh 29 Julai lepas dikeluarkan kepada syarikat tersebut berdasarkan perbincangan dengan MOF dan MOT.
Mengulas lanjut, Loke berkata keputusan meneruskan semula projek KDVT2 juga disifatkan membetulkan tuduhan kononnya PH menganugerahkan projek menerusi rundingan terus yang bernilai lebih RM6 bilion.
Daripada jumlah tersebut, Ahli Parlimen Seremban itu berkata sebanyak RM4.475 bilion adalah projek KVDT2 yang dirunding semula oleh PH bagi mengurangkan kos asal.
“Hakikatnya projek KVDT2 bukan kita yang anugerahkan, tetapi ia legasi ditinggalkan kerajaan terdahulu (Barisan Nasional).
“Kita terpaksa selesaikan isu tersebut. Kenyataan MOF pada 26 Ogos menyenaraikan 101 rundingan terus. Wee kemudian nak jadi hero lepas dua hari MOF nyatakan projek itu adalah rundingan terus, dia keluarkan kenyataan pada 28 Ogos 2020. Ketika itu, dia kata tender akan dibuka sebagaimana dipersetujui oleh Kabinet secara tender terbuka.
“… Dengan jawapan pada hari ini, Tengku Zafrul, khususnya Wee telan balik air liur mereka. Dia cakap begitu besar pada 2020 kononnya PH yang bagi rundingan terus, harga terlalu tinggi dan sebagainya. Semua ini, hari ini menunjukkan bahawa hujahan PH (berhubung tender rundingan terus) di Parlimen pada 2020 adalah terbukti betul. Hujah saya pada ketika itu betul, kalau tender terbuka termasuk projek KDVT2 ini, kosnya akan rendah,” katanya lagi.
Dhaya Maju LTAT merupakan syarikat usahasama Dyaha Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang diperbadankan pada 5 Jun 2017 di bawah Akta Syarikat 2016.
Projek KVDT2 sepanjang 265 kilometer (km) itu meliputi kawasan dari Salak Selatan ke Seremban dan dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, bernilai RM4.475 bilion.
Antara skop kerja KVDT2 adalah menggantikan landasan kereta api berusia 25 tahun dengan landasan baharu, menaik taraf dan menyelenggara sistem elektrik, komunikasi dan menambah baik stesen-stesen kereta api terbabit.
Hasimi Muhamad
Mon Aug 08 2022
Setiausaha Agung DAP itu menambah, projek KVDT2 diteruskan semula tanpa perubahan kos dengan skop projek serta terma pelaksanaan dikekalkan sepertimana dirunding oleh PH pada 2019 - Gambar fail
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Subsidi tambang penerbangan musim perayaan kurangkan rungutan rakyat - Loke
Langkah kerajaan melanjutkan pemberian subsidi mengurangkan rungutan rakyat mengenai harga tiket penerbangan yang mahal.
Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.
KTMB tawar tren tambahan sempena musim perayaan, 630 tiket disediakan sehari
KTMB menyediakan tren ETS tambahan bagi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral sempena Tahun Baharu Cina.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke
Operasi 300 van baharu yang mesra OKU tersebut akan bermula secara berperingkat antara Februari sehingga Jun depan.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
MOT tiada kompromi, sifar toleransi isu integriti - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengamalkan pendekatan tiada kompromi dan sifar toleransi terhadap isu integriti melibatkan pegawai penguat kuasa di bawah kementerian itu, kata Menterinya Anthony Loke.