KUALA LUMPUR:Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinasihatkan supaya membenarkan lebih ramai pencarum mengeluarkan wang masing-masing daripada Akaun 1.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata nasihat itu telah diberikan kepada pihak pengurusan KWSP ketika mengadakan perbincangan pada Ahad.
"Nasihat saya kepada KWSP adalah meluaskan yang dimaksudkan sasaran, bukan hanya (kumpulan) yang saya umumkan pada Jumaat lalu iaitu lebih kurang 600,000 orang
"Selepas mendengar keluhan rakyat, saya rasa kita harus tingkatkan lagi fleksibiliti supaya lebih ramai lagi rakyat Malaysia boleh keluarkan wang mereka itu," katanya ketika ditemu bual di TV3 di sini, malam ini.
Menurut Tengku Zafrul, KWSP akan memperincikan syarat dan kaedah pengeluaran caruman Akaun 1 itu esok.
"KWSP akan umumkan esok.
"Sama ada perluaskan (pencarum yang dibenarkan keluar caruman Akaun 1), biar mereka umumkan,” kata Tengku Zafrul.
Mengulas lanjut, beliau berkata, langkah itu diambil selepas mendengar keluhan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan meminta supaya kerajaan memberi kelonggaran untuk meringankan beban mereka.
Kata beliau, sejajar dengan itu tindakan bersasar telah dilakukan menerusi Belanjawan 2021 iaitu pengeluaran KWSP sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
"Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan para pencarum mengenai data KWSP iaitu 32 peratus pencarum hanya memiliki baki RM1,000 dalam Akaun 1 manakala 10 peratus anggaran RM5,000.
"Ini isu struktur yang perlu ditangani kerana jaringan keselamatan sosial itu penting," katanya.
Farhana Joni
Sun Nov 08 2020

Tengku Zafrul berkata, nasihat itu diberikan kepada pihak pengurusan KWSP ketika mengadakan perbincangan pada Ahad. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

Kakitangan Petra News tuntut tunggakan gaji, KWSP dan Perkeso
15 kakitangan Petra News termasuk penerbit portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran, menuntut pembayaran segera caruman KWSP.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.

Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar
Selama ini, persaraan melambangkan era keemasan dalam kehidupan seseorang pekerja yang menandakan masa untuk mereka berehat dan meraih manfaat daripada hasil kerja keras selama berdekad-dekad.