Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggesa suri rumah dan suami masing-masing, serta mereka yang bekerja dalam sektor tidak formal, menjadi ahlinya.
Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata 62 peratus daripada 22 juta rakyat Malaysia dalam kumpulan umur bekerja, bekerja sendiri dan tidak dilindungi sebarang perlindungan sosial secara formal.
"Ini merupakan hakikat yang menyedihkan memandangkan ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan. Sebagai agensi perlindungan sosial, ini sangat membimbangkan kami.
"Perangkaan terkini menunjukkan lebih 70 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai tabungan bagi menampung perbelanjaan ketika berlaku kecemasan," katanya dalam ucapan pada Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSC) 2018: Esok Yang Lebih Baik, di sini hari ini.
Samsudin berkata persekitaran ekonomi semasa menunjukkan orang ramai menghadapi peningkatan kos sara hidup yang tinggi, yang memberi tekanan tambahan kepada mereka, terutama kumpulan berpendapatan rendah.
"Ini secara langsung menjejaskan kemampuan mereka untuk menabung, apatah lagi mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk bertahan semasa persaraan.
"Kita perlu meneroka kaedah untuk memberi tindak balas yang berkesan bagi memastikan ekosistem perlindungan sosial terus relevan dan selari dengan perkembangan terkini di pasaran untuk kesejahteraan (rakyat)," katanya.
BACA: Insentif KWSP untuk surirumah dilaksana dalam tiga fasa mulai minggu hadapan
Samsuddin berkata kadar celik kewangan yang rendah, pada 36 peratus, meletakkan negara itu di belakang Singapura dan Taiwan, sekali gus menjurus kepada keputusan perbelanjaan yang lemah dan menyebabkan kadar hutang yang tinggi.
"Bagi meningkatkan tahap celik kewangan, KWSP terlibat dalam inisiatif Rangkaian Pendidikan Kewangan yang diketuai oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
"Pelannya adalah untuk memulakan pendidikan kewangan dari muda sehingga bersara, untuk menyemai amalan perbelanjaan yang baik," katanya.
ISSC 2018 selama dua hari bertemakan Esok Yang Lebih Baik, bermula hari ini.
Ia dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 08 2018

Perangkaan terkini menunjukkan lebih 70 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai tabungan bagi menampung perbelanjaan ketika berlaku kecemasan. - Gambar hiasan

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Beraya di negara orang demi tugas, tanggungjawab
Perasaan sedih kerana berjauhan dengan keluarga dapat diubati kerana ditemani isteri dan dikelilingi rakan-rakan setugas di pejabat kedutaan.

Warga emas mahu terus bekerja kerana komitmen kewangan - KSM
Dapatan itu berdasarkan kajian oleh Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) mengenai tenaga kerja pesara melibatkan 584 syarikat pada 2019.

Jumlah rakyat Korea Selatan umur 60 tahun ke atas yang masih bekerja meningkat
Jumlah itu melonjak kepada 5.77 juta pada Februari berbanding 2.73 juta pada bulan yang sama tahun 2013.

Taliban benarkan golongan wanita bekerja, mendapat pendidikan
Jurucakap Taliban di Afghanistan berikrar puak itu akan menghormati hak-hak wanita berdasarkan norma-norma Islam.

PKP 2.0: Adakah anda dibenarkan ke pejabat esok? Ini SOP sektor ekonomi
Menurut Datuk Seri Azmin Ali, SOP yang disediakan adalah komprehensif, relevan dan praktikal.

Singapura sedia kerjasama dengan Malaysia penuhi keperluan pelawat rentasi sempadan
Kementerian Luar republik itu berkata, cadangan aturan perjalanan perlu mengandungi protokol kesihatan awam yang dipersetujui bersama.

Kolej Vokasional hasilkan usahawan muda, pendapatan bulanan cecah RM70,000
Ada graduan KV yang meraih pendapatan sehingga RM70,000 sebulan hasil perniagaan kuih bahulunya.

Monday Blues: Tekanan psikologi atau mengada-ada?
Monday Blues perlu dilihat sebagai satu tenaga dalaman yang positif untuk mencipta kejayaan baharu untuk minggu berkenaan

Fadza didakwa bekerja dengan isteri, ini penjelasan Vivy Yusof
Terdapat segelintir pihak mempersoal sama ada suaminya itu bekerja dengannya tanpa mengetahui Fadza adalah individu penting dalam syarikat yang diusahakan mereka itu.

Cemas terima panggilan untuk ditemuduga? Ini tip terbaik untuk elak anda 'gabra'
6 tip mudah untuk anda yang ingin menghadapi temuduga.