Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bagaimanapun optimis kadar dividen KWSP Simpanan Syariah dan Konvensional yang sama, iaitu 6.3 peratus seperti yang diumumkan baru-baru ini, membuktikan keyakinan tinggi terhadap pelaburan patuh syariah.
Bagaimanapun beliau berkata, rekod penyamaan dividen itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk bertukar ke simpanan patuh syariah.
“Dulu kita dikritik, disergah kerana perbedaan ini. Keduanya, ada yang bimbang mengkritik kerana dijangka dividen lebih rendah. Sekarang dua-dua sudah terjawab. Kesan penting rekod ini dengan sendiri akan beri galakan kepada umat Islam untuk pindahkan kepada simpanan syariah.
“Jadi sebab itu (kerajaan) tak bercadang nak wajibkan. Tapi dengan bukti ini, dengan siri galakan dan penerangan, jumlah ini dapat ditanmbah. Tak ada dasar untuk wajibkan tapi menggalakkan.
"Umat islam patut diberi penjelasan, apa erti dan perbedaan, perbankan tanpa faedah, instrument syariah diperkenalkan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) di Dewan Rakyat pada Selasa, yang mahu mengetahui sekiranya kerajaan mahu mewujudkan dasar baharu mewajibkan pencarum beragama Islam mencarum Simpanan Syariah secara automatik.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan menggalakkan pencarum beragama Islam untuk berbuat demikian menerusi beberapa siri galakan dan penerangan berhubung instrumen kewangan syariah, yang diharap mampu meningkatkan jumlah pencarum Islam dalam simpanan berkenaan.
