Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini melancarkan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) di Bangunan KWSP Ipoh di sini bertujuan meningkatkan tahap kecelikan pencarumnya dalam soal persediaan kewangan untuk meniti alam persaraan.
Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Jabatan Rangkaian Perkhidmatan KWSP Mohd Rodzi Abu Bakar.
Khidmat sama turut dilancarkan di Kuantan, Pahang dan Kota Kinabalu, Sabah hari ini.
Dalam ucapannya, Mohd Rodzi berkata pelaksanaan projek perintis inisiatif itu bermula di KWSP Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Selangor pada Julai 2014 sebelum diperluas ke Johor Bahru, Johor dan Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Ogos lepas.
"Penubuhan pejabat RAS adalah yang pertama seumpamanya di rantau Asia Tenggara dan merupakan inisiatif strategik di bawah Kecemerlangan Keselamatan Sosial, Pelan Perancangan Strategik KWSP 2013 hingga 2017," katanya.
Beliau berkata sehingga 30 Sept tahun ini, 6,151 anggota telah mendapatkan khidmat RAS di empat pejabat KWSP berkenaan.
"Testimoni pengguna perkhidmatan ini juga sangat menggalakkan dan ada yang mencadangkan supaya khidmat RAS ini diperluas ke cawangan lain di seluruh negara," katanya.
Mohd Rodzi berkata pegawai RAS cukup terlatih dan telah menjalani latihan intensif dengan beberapa agensi berkaitan pengurusan kewangan di negara ini.
Dengan pembukaan RAS ini, beliau berharap ia dapat membantu anggota merancang persaraan dan sebarang keputusan yang dibuat oleh mereka, khususnya berkaitan simpanan KWSP adalah berdasarkan pengetahuan dan kesedaran mengenai implikasi dan risiko ke atas kecukupan simpanan persaraan mereka.
"Kepada anggota di cawangan ini, ambillah peluang keemasan ini untuk meluangkan masa mengalami sendiri sesi perundingan dan nasihat RAS, seterusnya jadikan testimoni anda sebagai penggalak kepada yang lain untuk mencuba perkhidmatan ini," katanya.
Beliau berkata promosi di peringkat negeri akan dijalankan secara bersepadu agar capaian perkhidmatan itu memberi manfaat kepada anggota KWSP setempat.
Mohd Rodzi berkata Malaysia sedang mengalami penuaan penduduk dan purata jangka hayat rakyat Malaysia kini adalah 75 tahun menyebabkan rakyat memerlukan simpanan persaraan yang lebih banyak untuk membiayai kos persaraan bagi tempoh lebih panjang.
"Kebanyakan anggota KWSP tidak mempunyai simpanan yang mencukupi kerana tempoh mengumpul simpanan adalah singkat berbanding tempoh persaraan yang panjang serta kos hidup dan kesihatan yang semakin meningkat," katanya.
Beliau berkata setakat 31 Dis tahun lepas, sebanyak 68 peratus daripada anggota yang berumur 54 tahun mempunyai jumlah simpanan lebih rendah daripada RM50,000.
"Sekiranya anggota membelanjakan RM820 sebulan ketika bersara, jumlah simpanan itu hanya mampu bertahan selama lima tahun sahaja, sedangkan tempoh persaraan adalah 15 ke 20 tahun.
"Tambahan pula, kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai tahap kecelikan kewangan yang amat rendah. Mengikut laporan yang dihasilkan oleh UNDP, sebanyak 90 peratus daripada isi rumah yang menetap di luar bandar dan 86 peratus daripada isi rumah yang menetap di bandar tidak mempunyai sebarang simpanan melainkan KWSP," katanya.
Bernama
Mon Nov 02 2015

Kebanyakan anggota KWSP tidak mempunyai simpanan yang mencukupi kerana tempoh mengumpul simpanan yang singkat berbanding tempoh persaraan yang panjang serta kos hidup yang meningkat. - Gambar fail

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

RM19.45 bilion pengeluaran i-Lestari, RM52.48 bilion i-Sinar diluluskan - Tengku Zafrul
Kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar telah ditambah baik bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup.

RAS tidak gugat perunding kewangan swasta
Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) yang diberikan oleh KWSP hanya meliputi maklumat asas sebagai panduan kepada ahlinya dalam menguruskan simpanan persaraan mereka.

KWSP perluas khidmat nasihat persaraan di tiga lagi cawangan
Selain di Ipoh, Perak inisiatif strategik khidmat RAS turut dilancarkan di Kuantan, Pahang dan Kota Kinabalu, Sabah pada Isnin.