BISHKEK (Kyrgyzstan): Kyrgyzstan mengisytiharkan darurat di Batken, wilayah yang bersempadan dengan Tajikistan, susulan pertempuran yang meletus di kawasan itu, lapor Agensi Anadolu.
Keputusan yang dibuat pada lewat Jumaat itu bertujuan memastikan keselamatan rakyat, memudahkan proses pemindahan dan penempatan semula penduduk, mengelak lebih ramai menjadi korban dan menggerakkan pasukan keselamatan, menurut kenyataan kementerian yang bertanggungjawab dalam hal ehwal darurat.
Pertempuran dilaporkan bermula di beberapa kawasan dekat sempadan berkenaan pada pagi Jumaat.
Menurut Kementerian Kesihatan Kyrgyzstan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dalam pertempuran itu.
Ketegangan di wilayah berkenaan dikatakan berpunca daripada pertikaian sempadan selain isu pengairan pertanian dan kawasan ragut untuk ternakan serta penyeludupan dan menyeberang sempadan secara haram.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 17 2022
![Kyrgyzstan isytihar darurat di wilayah Batken Kyrgyzstan isytihar darurat di wilayah Batken](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663426083_TBKYRGYZ.jpg)
Kyrgyzstan mengisytiharkan darurat di Batken, wilayah yang bersempadan dengan Tajikistan, susulan pertempuran yang meletus di kawasan itu. - Gambar REUTERS
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725697636_Talibansoldiers.jpg)
Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas
Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.
![Ranking FIFA: Harimau Malaya lonjak kedudukan terkini, pintas Indonesia Ranking FIFA: Harimau Malaya lonjak kedudukan terkini, pintas Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717734076_HarimauMalaya.jpg)
Ranking FIFA: Harimau Malaya lonjak kedudukan terkini, pintas Indonesia
Skuad Harimau Malaya mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking FIFA selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan.
![Peluang Harimau Malaya cipta sejarah semakin tipis Peluang Harimau Malaya cipta sejarah semakin tipis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717714651_HarimauMalaya.jpg)
Peluang Harimau Malaya cipta sejarah semakin tipis
Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya kekal di kedudukan ketiga saingan Kumpulan D dengan mengumpul tujuh mata.
![Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717711219_HarimauMalaya.jpg)
Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027
Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada aksi Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Bishkek.
![PM Anwar lawat Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan dari 15 hingga 19 Mei PM Anwar lawat Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan dari 15 hingga 19 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715690761_TBanwaribrahimj.jpg)
PM Anwar lawat Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan dari 15 hingga 19 Mei
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan dari 15 hingga 19 Mei ini.
![Kanybekov sah milik Perak FC Kanybekov sah milik Perak FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708208355_Jersi.jpg)
Kanybekov sah milik Perak FC
Perak FC memperkenalkan tonggak import baharu berusia 21 tahun itu kepada penyokong pada Karnival Pelancaran Jersi 'Home' malam tadi.
!['Sudah menang syukur sahajalah' - TMJ 'Sudah menang syukur sahajalah' - TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700379064_TunkuIsmailSultan.jpg)
'Sudah menang syukur sahajalah' - TMJ
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas segelintir penyokong yang mempersoal prestasi beberapa pemain Harimau Malaya ketika menentang Kyrgyzstan, Khamis lalu.
![Kalahkan Kyrgyzstan belum cukup - Faisal Kalahkan Kyrgyzstan belum cukup - Faisal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700201123_MohamadFaisalAbdul.jpg)
Kalahkan Kyrgyzstan belum cukup - Faisal
Pasukan kebangsaan kini perlu lebih fokus untuk bawa pulang tiga mata apabila bertandang ke Taipei untuk berdepan Taiwan pada Selasa depan.
!['Saya sangat marah dan kecewa' 'Saya sangat marah dan kecewa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700179823_StefanTarkovic.jpg)
'Saya sangat marah dan kecewa'
Menurutnya, kesilapan di bahagian pertahanan sememangnya tidak boleh diterima yang menyaksikan Harimau Malaya bangkit menewaskan Kyrgyzstan.
![Pan Gon bangga aksi Harimau Malaya, penyokong Pan Gon bangga aksi Harimau Malaya, penyokong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700170176_KimPangon.jpg)
Pan Gon bangga aksi Harimau Malaya, penyokong
Katanya, pemain menunjukkan mentaliti tinggi dan tidak berputus asa untuk bangkit menumbangkan lawan di kedudukan ranking yang lebih baik.