SANDAKAN: Kementerian Pembangunan Industri dan Keusahawanan (MIDE) Sabah akan melancarkan label hologram bagi memperakui keaslian produk Sabah dibuat di negeri ini oleh pengusaha dari Negeri di Bawah Bayu itu.
Pembantu Menterinya Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata label yang tertera perkataan Authentic Sabah' itu akan dilancarkan oleh Menteri MIDE Phoong Jin Zhe pada 20 Mei ini di Kota Kinabalu.
"Inisiatif label hologram ini sudah pasti akan meningkatkan lagi kualiti produk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah, selain menunjukkan bahawa produk Sabah ini banyak di pasaran.
"Peniaga dapat meningkatkan lagi jualan mereka, pembeli pun boleh membezakan mana produk asli yang dikeluarkan oleh pengusaha Sabah.
"Ini merupakan satu inisiatif yang saya fikir baik memandangkan keadaan sekarang ini begitu banyak produk didakwa dibuat di Sabah oleh orang Sabah, tetapi sebenarnya tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi libat urus usahawan IKS di sini semalam.
Andi Muhammad Suryady berkata label hologram itu akan diedarkan secara percuma kepada semua usahawan yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Sabah pada bulan ini.
"Setakat ini, permohonan nampaknya begitu menggalakkan memandangkan memang banyak produk IKS Sabah yang berada di pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023

Andi berucap ketika merasmikan sesi libat urus usahawan IKS di Sandakan semalam. - Facebook Andi Suryady

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Label hologram 'Authentic Sabah' bakal dilancar, perakui keaslian produk IKS Sabah
Label yang tertera perkataan 'Authentic Sabah' itu akan dilancarkan oleh Menteri MIDE Phoong Jin Zhe pada 20 Mei ini di Kota Kinabalu.