LABU, sebuah mukim kecil di daerah Seremban bukanlah sebuah kawasan yang menampakkan pembangunan pesat.
Biarpun terletak bersebelahan Nilai yang lebih awal membangun dek tempias projek lapangan terbang di Sepang, pembangunan di Labu seakan terlewat sedikit.
Jalan raya menuju ke Labu juga baru siap dibina beberapa tahun lepas dan jaringan antara kampungnya masih jalan tar lama dua lorong.
Hanya perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi alternatif mobiliti penduduk di situ.
Sebahagian besar kawasan penempatannya adalah masih cara kampung, juga penduduknya yang ramai bekerja di luar selain ada juga yang bercucuk tanam dan berniaga.
Cuma kelihatan satu deret bangunan premis kedai tersergam di Batu 10 dimiliki Koperasi Labu yang siap dibangun beberapa tahun lepas, menampakkan mukim kecil itu kini sudah mula berevolusi.
“Labu dah banyak berubah sebenarnya.
“Dulu Jalan Labu ni sunyi, boleh tidurlah atas jalan!” kata Muhamad Fadil Mustafa, anak jati Batu 10 yang kini membuka perusahaan kek lapis Sarawak di salah sebuah lot bangunan baharu di kampungnya itu.
Fadil memberitahu jalan itu kini semakin sibuk saban hari, malah sudah menjadi laluan alternatif untuk melepasi kesesakan yang sering berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Malah bermulanya operasi Pangkalan Udara TUDM Sendayan dua bulan lepas bakal menambah populasi penduduk sekitarnya, sekali gus merancakkan setiap aktiviti di situ.
Ia satu petanda baik untuk kampungnya itu, yang perlahan-lahan mengikut arus kemodenan jirannya Nilai yang sudah berada di hadapan sejak sekitar sedekad lalu.
Kerana itulah Muhamad Fadil memilih untuk pulang ke Labu untuk membantu pembangunannya.
Dahulunya Fadil merupakan seorang jurutera, namun lelaki berusia 44 tahun itu beralih angin ke alam perkhidmatan sosial dengan menguruskan pusat pemulihan ketagihan dadah, Pondok Inabah Malaysia Negeri Sembilan yang berada di mukim itu.
Dia turut mengasaskan sebuah pusat tahfiz tidak jauh dari Batu 10 bersama rakan sepermainannya yang kini seorang ustaz.
Salah seorang murid di pusat pemulihan itu adalah pemuda Sarawak yang kebetulan disedari punyai kemahiran membuat kek lapis Sarawak.
Lantas timbul ilham untuk memanfaatkan bakat pemuda itu sebagai membantu penjanaan dana pembangunan pusat tersebut. Maka diwujudkan sebuah perusahaan kek tradisional di situ.
“Alhamdulillah selepas lebih dua tahun beroperasi, kami sudah mula menghasilkan kira-kira 1,000 batang kek sehari dan memasarkan produk Inabah Kek Lapis Sarawak ke pantai Timur, Kuala Lumpur, Johor dan sekarang perlahan-lahan ke Singapura. Tak sangka juga kek saya orang Singapura pun suka!
“Bila ada kereta api laju nanti, mungkin saya dapat rancakkan lagi bisnes di Singapura, memudahkan saya menghantar, tak payah kurier ke apa. Selama ini saya banyak habis masa menghantar,” katanya.
Bagi Fadil, pembangunan ‘High-Speed Rail’ (HSR) dan menjadikan Labu sebagai terminal di negeri ini bakal membuka mukim kecil ini kepada dunia luar, sekali gus lebih cepat untuk menyerap kepesatan seiring pelan ‘Malaysia Vision Valley’ di bawah rancangan ‘Greater Kuala Lumpur’ sepertimana yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bukan sekadar ‘jaguh kampung’, Fadil mahu perusahaannya berkembang lebih luas selaras matlamatnya mencetuskan perusahaan itu sebagai menepati selera orang Semenanjung.
“Saya rancang nak wujudkan kiosk di seluruh Malaysia, dapat dalam 10 ke 20 kiosk atau menambah bilangan ejen supaya dapat saya bekalkan yang terbaik.
"Selalu ejen tak cukup stok, kemudian ‘call’ ke sini dan kami kenalah hantar, kadang-kadang jauh seperti di Kelantan atau Terengganu saya terpaksa hantar menggunakan bas pada waktu malam supaya esok pagi pelanggan boleh dapat pesanan mereka.
“Saya rasakan (Labu) akan jadi macam Damansara! Tapi saya harap nanti kampung-kampung di sini masih dikekalkan walaupun sudah moden. Elok sejuk pandangan kita walaupun ada kereta api laju tapi masih nampak kawasan perladangan, kan cantik,” katanya.
Cuma yang dirisaukannya, kemajuan pesat akan menyebabkan harga hartanah melambung kelak akhirnya memberatkan kemampuan pemilikan oleh generasi masa depan.
Dia mengharapkan inisiatif perumahan seperti Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) diperluas dan diperbanyakkan sehingga ke kampungnya, supaya anak-anaknya nanti tidak berganjak dan terus menetap di pinggir Labu selepas ia maju nanti.
Kerana itu, baginya, perlu bijak memilih pihak mana yang mampu membawa kesejahteraan di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang berada di bawah Parlimen P.130 Rasah.
“Parti nombor satu, kemudian baru calonnya, juga dilihat ‘background’nya.
“Sekiranya muka baharu, kita bagi peluang untuk tengok boleh tak dia laksanakan tanggungjawab. Kalau letak orang lama pun, macam mana orang baharu nak ditonjolkan?” ujarnya.
Juga diharapkannya segala janji tidak menjadi sekadar ‘sembang’; apa yang sudah dikata mesti dikota.
Israr Khalid
Fri May 04 2018
Muhamad Fadil memilih pulang ke Labu untuk membantu pembangunan pekan itu. -Foto Astro AWANI
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Negeri Sembilan optimis HSR dapat dilaksanakan, tingkatkan pembangunan negeri - Aminuddin
Negeri Sembilan optimis projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura akan dapat dilaksanakan meskipun ia belum dimuktamadkan setakat ini.
Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony
Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan fokus untuk meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan.
7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura
Tujuh konsortium telah mengemukakan cadangan konsep kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) hari ini.
Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar dilaksanakan - Maybank IB
Projek HSR KL-Singapura yang dianggar menelan belanja RM100 bilion adalah sangat mencabar untuk dilaksanakan tanpa penglibatan kerajaan.
Projek HSR tidak terjejas, walaupun firma Jepun tarik diri - Loke
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak terjejas, walaupun firma Jepun menarik diri daripada terbabit.
HSR KL-Singapura: Firma Jepun tarik diri, China dan Eropah berpotensi jadi pembida berjaya - Laporan
Penarikan diri firma Jepun adalah kerana projek HSR itu mempunyai risiko tiada jaminan kewangan dari pihak Kerajaan Malaysia.
HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, empat tokoh politik
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman yang difailkan seorang individu berhubung pembatalan projek HSR.
Negeri Sembilan sambut baik projek HSR KL-Singapura diteruskan - Aminuddin
Cadangan meneruskan pembinaan HSR KL-Singapura, merupakan usaha yang baik terutama dalam meningkatkan ekonomi di Negeri Sembilan.
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
HSR: Kerajaan teliti model pelaksanaan baharu - Loke
Kerajaan sedang mengkaji model pelaksanaan baharu bagi meneruskan cadangan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.