KUALA LUMPUR: Situasi COVID-19 di Wilayah Persekutuan Labuan menunjukkan trend positif apabila kes aktif di daerah itu dijangka menurun sekitar 700.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah nilai kadar kebolehjangkitan juga menurun daripada 2.0 pada minggu epidemiologi ke-20 kepada 0.86 pada Julai 2021.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Wilayah Persekutuan berkata, seramai 57,243 (83.57 peratus) daripada populasi dewasa di Labuan telah menerima dos pertama.
"Manakala 22,049 (32.19 peratus) telah melengkapi kedua-dua dos vaksin.
"80 peratus populasi dewasa di Labuan dijangka menerima dos vaksin kedua mereka pada hujung bulan ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Setakat semalam, jumlah keseluruhan kes positif di Labuan ialah 9,002 yang.
Peningkatan kes di wilayah persekutuan itu adalah disebabkan serangan varian Delta yang mula dikesan di Labuan pada 23 April lalu.
Ini adalah lapan tindakan diambil Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan dan Jabatan Peneraju serta Jabatan Kesihatan Labuan bagi mengekang penularan COVID-19 di Labuan dengan lebih berkesan:
i.Menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan syarat kemasukan tambahan termasuk mewajibkan RT-PCR, kuarantin dan kawalan program-program ekonomi termasuk perkapalan.
ii.Program sanitasi COVID-19 terancang di kawasan bersasar yang melibatkan saringan bersasar (active case detection).
iii.Program pemantauan khas melibatkan kawasan-kawasan yang telah menjalani PKPD bagi memastikan kes terkawal.
iv.Program pemantauan yang meneliti varian VOC Delta B.1.617.2, corak jangkitan, epidemiologi COVID-19 dan perancangan kawalan COVID-19 di WP Labuan.
v.Program promosi dan pendidikan kesihatan termasuk program khas “Rumah Bebas COVID-19”.
vi.Program penguatkuasaan bersepadu diketuai oleh pihak PDRM.
vii.Program 'risk communication' untuk mengawal penyebaran maklumat yang boleh membawa kepada situasi panik dalam kalangan orang ramai.
viii.Pembangunan Hospital Medan bagi menyokong perkhidmatan Hospital Labuan sedia ada.
Astro Awani
Sat Jul 10 2021
Annuar berkata, jumlah nilai kadar kebolehjangkitan juga menurun daripada 2.0 pada minggu epidemiologi ke-20 kepada 0.86 pada Julai 2021.
Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.
Rancangan peluasan Israel jejas kestabilan Asia Barat, kata Pakistan
Pakistan menggesa pelaksanaan "gencatan senjata segera dan penuh."
SEZ Johor-Singapura, eratkan lagi integrasi dalam ASEAN - PM Anwar
JS-SEZ adalah inisiatif unik apabila kedua-dua negara bekerjasama membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.
Gencatan senjata: Malaysia bincang dengan Jepun, segerakan pembangunan semula Gaza
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan menghubungi rakan sejawatannya Shigeru Ishiba hari ini untuk membincangkan perkembangan mutakhir itu.
#AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 16 Januari 2025
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
AWANI Sabah+ | Setiap Khamis & Jumaat 8:25 Malam
Merentasi Laut China Selatan, hingga ke puncak Kinabalu. Kami bawakan lapopran ringkas, padat dan komprehensif. 5 minit AWANI Sabah+, setiap Khamis dan Jumaat 8:25 malam hanya di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Tiga pekerja restoran pengsan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fasa Gencatan Senjata
Berikut adalah info berkenaan dengan fasa perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Pengarah syarikat direman, disyaki minta, terima rasuah RM1 juta
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan memberikan kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada pekerja.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Labuan akan melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan 2025 yang bertujuan meningaktkan sektor pelancongan dalam tempoh lima tahun akan datang.
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.
Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.
KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.
Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha
Dr Zaliha sifatkan tahun pertama beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sebagai satu pencapaian yang produktif.
RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.
Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.