LABUAN: Labuan hari ini selesai memvaksinasi penuh 80 peratus populasi dewasa, menjadikan pulau bebas cukai itu sebagai Wilayah Persekutuan pertama di Malaysia mencapai imuniti kelompok bagi membendung penularan COVID-19.
Wilayah Persekutuan itu telah memberi suntikan vaksin kepada 54,800 daripada 68,500 penduduk dewasa yang disenaraikan sebagai layak untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Labuan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Labuan menyifatkan program itu sebagai tugas yang sukar tetapi mengakui kerjasama berpasukan hebat telah membuahkan kejayaan.
Pengerusi CITF Labuan, Rithuan Ismail berkata sebanyak 54,800 (80 peratus) daripada jumlah populasi yang layak untuk divaksin, telah menerima dua dos vaksin.
"Kami gembira dapat mencapai imuniti kelompok tiga hari lebih awal daripada tarikh sasaran iaitu 30 Julai.
"Pencapaian itu adalah kejayaan penduduk di pulau ini yang peka terhadap kepentingan vaksinasi COVID-19, serta kerja berpasukan daripada pasukan petugas khas dan masyarakat sebagai sukarelawan yang dinamakan Privo Team (Prihatin Volunteers).
"Jumlah penduduk yang divaksin pada Jun kurang daripada 14,000 tetapi meningkat dengan drastik kepada 40,800 dalam masa 37 hari dan (terus meningkat) hari ini," katanya kepada Bernama selepas menyaksikan seorang individu menerima suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech, bagi melengkapkan imunisasi terhadap 54,800 orang, di pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan di sini.
PICK Labuan dilancarkan pada 27 Feb lepas oleh Senator Datuk Bashir Alias yang menjadi individu pertama di Labuan menerima dos pertama vaksin.
Secara keseluruhannya, program vaksinasi di Labuan berjalan lancar walaupun terdapat peningkatan jumlah kes dan kemunculan varian Delta.
Setakat semalam, Labuan merekodkan jumlah kumulatif 9,607 kes COVID-19 dan 146 kematian akibat wabak itu. Lapan kes dicatat semalam namun tiada kematian dilaporkan.
CITF Labuan merekodkan 95.7 peratus atau 65,521 daripada 68,500 populasi dewasa menerima suntikan dos pertama vaksin setakat semalam.
Bagi mempercepatkan pencapaian imuniti kelompok, CITF dan JPBN Labuan (diketuai oleh personel Jabatan Kesihatan Labuan) telah memperluaskan program itu dengan menjalankan vaksinasi dari rumah ke rumah untuk memberikan suntikan kepada orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang terlantar sakit.
"Kami juga melaksanakan vaksinasi pandu lalu dan 'walk-in' yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Penduduk, menyaksikan ramai penduduk dari 27 kampung datang ke PPV," katanya dan menambah Labuan mempunyai sembilan PPV termasuk satu di terminal feri antarabangsa untuk pekerja dalam sektor perkapalan, serta minyak dan gas.
JPBN dan CITF Labuan yang diketuai oleh Jabatan Kesihatan turut disertai wakil daripada Perbadanan Labuan, Majlis Keselamatan Negara, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata penduduk Labuan harus bersedia untuk hidup dengan COVID-19 dan yang paling penting, perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Sekurang-kurangnya satu ke dua tahun kita akan hidup dengan pandemik ini. Kita perlu memastikan ahli keluarga dan rakan-rakan telah divaksin penuh bagi melindungi diri kita daripada COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021

Setakat semalam, Labuan merekodkan jumlah kumulatif 9,607 kes COVID-19 dan 146 kematian akibat wabak itu. Lapan kes dicatat semalam namun tiada kematian dilaporkan. - Gambar fail Bernama
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Sabah Electrity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberikan rebat berjumlah RM10.2 juta kepada 687,031 pengguna elektrik yang berdaftar di Sabah dan Labuan tahun ini.

Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Labuan akan melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan 2025 yang bertujuan meningaktkan sektor pelancongan dalam tempoh lima tahun akan datang.

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.

Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.

KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.

Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha
Dr Zaliha sifatkan tahun pertama beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sebagai satu pencapaian yang produktif.

RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.

Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.

Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.

Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.