LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Haslina Abdul Hamid berkata LADA pada mulanya menyasarkan kira-kira 3.2 juta ketibaan penumpang tahun lepas bagaimanapun gagal mencapainya kerana kesan pandemik COVID-19.
Bercakap kepada media pada acara Routes 2024 semalam, beliau berkata LADA menyasarkan kira-kira 220,000 ketibaan penumpang bagi bulan Januari tahun ini, ia telah berjaya melepasi sasarannya dengan merekodkan hampir 250,000 ketibaan penumpang.
"Kami sedang melobi untuk mendapatkan lebih banyak ketersambungan penerbangan dari tempat lain. Pada Februari, kami menerima lima penerbangan sewa khas dari Chengdu dan Chongqing, China," katanya.
Beliau berkata LADA juga bekerjasama dengan syarikat penerbangan dari Eropah dan Asia untuk meningkatkan ketersambungan perkhidmatan penerbangan dan menarik lebih ramai pengunjung ke Langkawi sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk mengembangkan prospek pelancongan dan ekonomi Langkawi.
Routes Asia 2024 dihoskan bersama oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Tourism Malaysia di Langkawi, ia berperanan sebagai platform untuk menyokong pembangunan penerbangan, pelancongan dan ekonomi Malaysia dengan pembuat keputusan daripada syarikat penerbangan dan wakil daripada lapangan terbang untuk membincangkan peluang pembangunan laluan udara.
Acara itu turut disokong oleh Malaysia Airlines dan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB).
Tahun lepas, Routes Asia 2023 berlangsung di Chiang Mai, Thailand yang menyaksikan penyertaan daripada 800 delegasi, melibatkan wakil daripada lapangan terbang, syarikat penerbangan dan pihak berkuasa pelancongan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
LADA menyasarkan kira-kira 220,000 ketibaan penumpang bagi bulan Januari tahun ini, ia telah berjaya melepasi sasarannya dengan merekodkan hampir 250,000 ketibaan penumpang. - Gambar fail/Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.