BENTONG : Polis memberkas seorang bekas diplomat berstatus Datuk dan anak lelakinya kerana disyaki mengusahakan ladang ganja di belakang vila mereka, di Kampung Sum Sum, Janda Baik, di sini.
Dalam serbuan pertama pada Sabtu lalu, polis menahan diplomat berusia 78 tahun itu selepas polis menemui 102 pokok ganja pelbagai saiz setinggi dua meter di kawasan rumahnya, seluas 5,000 meter persegi, yang dianggarkan RM61,000.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penahanan kira-kira pukul 6 petang itu dilakukan berdasarkan maklumat orang ramai.
"Polis turut menemui dua botol berisi cecair dipercayai minyak ganja yang dijual dengan harga RM250 sebotol dan 1.2 kilogram (kg) daun ganja kering. Saya rasa ini mungkin rampasan terbesar di Malaysia, melibatkan kes semaian atau tanaman yang hasilnya dijadikan minyak bagi kegunaan.
"Kita tidak menolak kemungkinan lokasi rumah itu yang terpencil membuatkan kegiatan mereka sukar dikesan," katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Ramli Mohamed berkata, susulan penahanan diplomat itu, beliau berkata, polis kemudian menahan anak lelakinya yang berusia 53 tahun, kira-kira pukul 5.30 petang di rumahnya di Shah Alam, Selangor, pada Isnin kerana dipercayai turut terlibat menanam ganja.
Beliau memaklumkan, ujian saringan air kencing anak lelaki itu mendapati dia positif dadah.
"Semasa soal siasat salah seorang suspek mendedahkan aktiviti penggunaan beberapa titik cecair disyaki minyak ganja yang dicampur ke dalam minuman oleh pengguna, sejak tiga tahun lalu," jelasnya.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, polis mendapati ladang ganja itu diusahakan sejak 2015 manakala benih semaian itu dkatakan diambil daripada ganja mampat.
Beliau memberitahu, bekas diplomat itu kini direman tujuh hari manakala permohonan reman terhadap anaknya akan dibuat pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6B ADB 1952.
Jika sabit dengan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Astro Awani
Tue May 24 2022

Ramli Mohamed Yoosuf tidak menolak kemungkinan lokasi rumah itu yang terpencil membuatkan kegiatan mereka sukar dikesan. - Foto tangkapan layar Astro AWANI

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

'Ladang' ganja di belakang rumah, bekas diplomat, anak lelaki ditahan
Polis memberkas seorang bekas diplomat berstatus Datuk dan anak lelakinya kerana disyaki mengusahakan ladang ganja di belakang rumah mereka, di Janda Baik, Pahang.