KUALA LUMPUR: Pemilik-pemilik ladang kelapa sawit di seluruh negara disaran meningkatkan penggunaan alatan automasi dan melihat prospek pekerja dengan lebih meluas seperti di India dan Pakistan.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, ia bagi mencari penyelesaian jangka panjang dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan buruh dari Indonesia dan Bangladesh.
"Menerusi kajian dan penyelidikan teknologi dilakukan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pemilik-pemilik ladang disaran meningkatkan penggunaan automasi seperti dron untuk tujuan pengawasan dan kawalan serangga perosak.
"KPPK yakin, penggunaan automasi di peringkat ladang akan menarik minat pekerja tempatan untuk mula bekerja di sektor ini.
"Penggunaan teknologi automasi juga diyakini dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing dan menjadikan industri sawit negara lebih berdaya tahan untuk tempoh jangka masa panjang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Zuraida berkata, KPPK menggalakkan pemilik kebun untuk mula membuat pelaburan bagi mendapatkan alat teknologi.
KPPK juga percaya pembabitan lebih besar dalam automasi boleh membantu meletakkan minyak sawit sebagai minyak masak pilihan utama di peringkat global, sejajar dengan kempen "Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan" yang sedang dijalankan.
Kata Zuraida lagi, KPKK sedar kekurangan pekerja ini akan menyebabkan industri sawit mengalami penurunan pendapatan sebanyak 5 peratus hingga 10 peratus, seperti diramalkan Persatuan Pemilik Ladang Malaysia (MEOA).
"Semua pihak perlu menyedari bahawa antara sebab-sebab utama masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladangan ini adalah langkah penutupan pintu sempadan antarabangsa bagi membendung penularan wabak COVID-19 di dalam negara," jelasnya.
Tambah beliau, ketika ini, kementeriannya terus berganding bahu bersama-sama dengan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi dengan kadar segera.
"Kerajaan Persekutuan menerusi keputusan pada September 2021 bersetuju meluluskan rancangan membawa masuk sejumlah 32,000 pekerja asing untuk bekerja di ladang kelapa sawit di seluruh negara.
"KPPK yakin sasaran ini akan dicapai dan isu berkaitan permit telah dibawa ke perhatian kementerian," ujarnya.
Afiezy Azaman
Sat Jun 18 2022
Zuraida berkata, KPPK menggalakkan pemilik kebun untuk mula membuat pelaburan bagi mendapatkan alat teknologi. - Gambar fail
5 fakta penting perjanjian gencatan senjata Gaza-Israel
Berikut adalah lima fakta utama tentang perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Gencatan senjata bukan tamatkan usaha cari keadilan - CENTHRA
Ini kerana sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa Israel melanggar perjanjian gencatan senjata tanpa sebarang tindakan balas.
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan curi buah kelapa sawit terhadap bekas pemandu lori
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengembalikan sabitan terhadap seorang bekas pemandu lori yang telah dibebaskan dengan bon berkelakukan baik selama dua tahun.
Syarikat minyak sawit China dipelawa teroka peluang di Malaysia - Johari
Malaysia mempelawa syarikat minyak sawit China untuk meneroka peluang dalam industri di negara ini.
Suspek utama kes bunuh pekerja ladang sawit di Mukah ditahan
Suspek yang berumur lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian pada pukul 4.15 petang, tiga hari selepas kejadian.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024.
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Suami, isteri ditahan disyaki curi kelapa sawit
Sepasang suami isteri ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes mencuri kelapa sawit di ladang milik sebuah syarikat perladangan di Merlimau di sini.
Hubungan Malaysia-Pakistan diperkukuh, buka peluang besar yang selama ini tidak diteroka
Lawatan Negara tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Pakistan membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Malaysia komited perkukuh kerjasama global dalam tindakan iklim - Johari
Johari berkata empat bidang utama penting untuk memastikan kemampanan produk minyak sawit Malaysia.
FGV akan laksanakan pembaharuan, inovasi pastikan hasil kelapa sawit tidak terjejas
FGV melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi mencari jalan memastikan hasil ladang dapat menampung keperluan dan permintaan pasaran.