KOTA KINABALU: Ladang Tenusu Desa menafikan dakwaan bahawa syarikat itu hanya mengutamakan kutipan jualan tiket dan mengabaikan keselesaan pelawat, selain menjadi penyebab kesesakan trafik di kawasan pelancongan Kundasang, Ranau.
Dakwaan tersebut dipaparkan pada kain rentang yang diletakkan di hadapan pintu masuk ladang tersebut dan turut tular di media sosial.
Pengurus Agro Pelancongannya Mohd Farid Mohd Zaini berkata, kenyataan itu tidak bertanggungjawab, malah memburukkan nama baik syarikat itu tanpa mengambil kira sumbangan mereka ke atas pertumbuhan ekonomi setempat.
"Pihak kami amat kesal terdapat kain rentang yang diletakkan di hadapan pintu masuk tanpa kebenaran pada 31 Mei lepas yang membuat tuduhan liar terhadap pihak pengurusan Ladang Tenusu Desa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Farid berkata sistem pembelian tiket dalam talian yang efisien telah dibangunkan bagi mengatasi isu yang dibangkitkan dan telah memberi kesan yang amat positif sejak premis itu dibuka semula pada 12 Disember 2021.
Namun, beliau menjelaskan peningkatan jumlah pengunjung yang datang secara jumpa terus terutama dari tempat yang jauh seperti Pitas dan Pantai Timur, telah menyebabkan keberkesanan keseluruhan sistem itu terjejas pada waktu kemuncak.
"Sehubungan itu, pihak kami telah mengambil tindakan segera bagi menangani masalah tersebut.
"Dengan ini pihak kami mengalu-alukan sebarang maklum balas yang ikhlas dan bertanggungjawab daripada para pelanggan yang dihormati dalam usaha untuk kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga amat menggalakkan para pelawat yang datang untuk membuat pembelian tiket secara dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
Pengurus Agro Pelancongannya Mohd Farid Mohd Zaini berkata, kenyataan itu tidak bertanggungjawab, malah memburukkan nama baik syarikat itu tanpa mengambil kira sumbangan mereka ke atas pertumbuhan ekonomi setempat.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Ladang Tenusu Desa nafi hanya pentingkan untung, sebabkan kesesakan trafik
Dakwaan tersebut dipaparkan pada kain rentang yang diletakkan di hadapan pintu masuk ladang tersebut dan turut tular di media sosial.