SHAH ALAM: Borang rentas negeri kosong yang didakwa milik Balai Polis Seksyen 6 di sini disahkan terdapat pemalsuan tandatangan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata siasatan awal dijalankan terdapat pemalsuan tandatangan Penolong Ketua Polis Balai Seksyen 6 tersebut.
“Siasatan mendapati pemalsuan tandatangan itu milik Sarjan Mejar Mohd Fadzli Ali.
“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pada Khamis, tular borang rentas negeri Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam di media sosial dengan bertandatangan dan bercop Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6.
Berita asal: Borang rentas negeri bertandatangan palsu
Terdahulu, pada Rabu, tular di media sosial berhubung borang rentas negeri kosong bertandatangan dan cop dari Balai Polis Chukai dengan ayat 'Dapat info terbaharu ialah 'approve' dulu baru isi 'form'.
Kes melibatkan seorang wanita yang mahu merentas negeri ke Kuala Lumpur bagi menghadiri temu duga kerja yang dijadualkan pada 8 April.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, borang rentas negeri itu adalah dari Balai Polis Chukai, namun berlaku penipuan pada tandatangan pegawai polis terbabit
Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud hendak menipu dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).
BACA: Polis siasat borang rentas negeri kosong sudah ditandatangani
Astro Awani
Thu Apr 08 2021

Borang rentas negeri kosong yang didakwa milik Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam disahkan terdapat pemalsuan tandatangan. -Foto Sinar Harian

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Pelajar kolej ditahan palsukan borang rentas negeri
Polis menahan dua penuntut wanita kolej swasta kerana disyaki memalsukan borang rentas negeri untuk ke Pahang.

Lagi kes pemalsuan borang rentas negeri dikesan
Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Perintah larangan pergerakan, ramai pilih pulang ke kampung
Kesesakan yang berlaku dan ramai orang berada di tempat awam pada satu-satu masa berkemungkinan boleh meningkatkan lagi jumlah kes penularan COVID-19.