Tiga lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi menyatakan bantahan terhadap pendirian pengarang majalah mingguan Katolik 'The Herald" Paderi Lawrence Andrew berhubung isu penggunaan kalimah 'Allah'.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili dua NGO lain iaitu Sekretariat NGO Gabungan Negeri Selangor dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan berhubung perkara itu.
“Kami menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas di atas isu tersebut serta menahan dan menyoal siasat paderi itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini.
Pada 27 Dis lepas, Andrew berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan bahasa Malaysia meskipun JAIS akan menghantar notis peringatan mengenai larangan pengunaan kalimah itu oleh bukan Islam.
Pada November lepas, Sultan Selangor telah menitahkan semua rakyat di negeri itu perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988.
Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata pihaknya turut membantah cadangan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Selangor untuk meminda enakmen itu dan menganggap ia tindakan melampaui batas.
Beliau berkata tindakan itu jelas tidak menghormati perasaan umat Islam di negara ini serta dengan sengaja membangkitkan isu-isu sensitiviti perkauman.
"Kami menyeru agar pihak polis mengambil tindakan terhadap mereka, supaya tiada pertikaian dalam perlembagaan Enakmen 1988 ini," kata Amir Amsaa.
Sebelum ini, Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin, Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran dan Adun Kampung Tunku Lau Weng San mencadangkan agar enakmen itu dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.
Bernama
Sun Jan 05 2014
Gambar arkib Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
Herry perlu masa tingkatkan prestasi Khai Xing-Aaron
Herry IP menyifatkan pasangan muda negara itu memiliki kualiti permainan yang agak bagus ketika ini.
Ungku Attufayl Adl nama pilihan untuk anak ketiga Jihan Muse
Nama unik anak ketiga Jihan Muse dan Ungku Hariz jadi perhatian.
Amaran White House: Tarif akan dinaikkan jika Mexico, Kanada atau China bertindak balas
Perintah eksekutif ini boleh memburukkan lagi kebimbangan mengenai perang perdagangan.
UFC: Nassourdine Imavov cipta kejutan tumbangkan Israel Adesanya dalam pusingan kedua
Keputusan itu juga menyaksikan rekod kekalahan Adesanya dalam kategori middleweight berpanjangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.
Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina
Penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.
Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.
Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
Kembali kepada Tuhan, hadir sesuatu yang berharga dalam kehidupan - Aliff Aziz
Aliff Aziz bercakap tentang kerinduan membuat persembahan, kerinduan pada keluarga dan peluang menebus semula masa lalu.
'Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah' - Ebit Lew mohon doakan bapa terlantar sakit
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di media sosialnya tentang berita terbaharu bapanya.
'Teruskan dan jangan berundur, kita mampu kembalikan kehidupan normal' - PM
Muhyiddin menzahirkan rasa kagum atas semangat yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat dalam mengekang wabak penularan COVID-19.
Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin
Ebit Lew mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usia mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.
Ustaz Ebit Lew bawa misi kemanusiaan bantu rakyat Palestin
Ebit Lew dan delegasinya akan menjalani bantuan misi kemanusiaan di Mesir pada 25 - 30 Mei 2021.
Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama
Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengukuhkan perpaduan sesama rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
Ramadan: Jadikan tahun ini sebagai 'reset' beribadah
Jadikan Ramadan tahun ini sebagai peluang menetapkan semula atau 'reset' kehidupan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Menjelang Ramadan: Apa maksud fidyah? Siapa wajib membayarnya?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu.
Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi
Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.