PUTRAJAYA: Sebuah syarikat pengendali pakej umrah dan seorang pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) supaya membayar balik tuntutan sebanyak RM60,929 kepada empat mangsa pada April tahun lepas.
Syarikat Persada Oasis Travel & Tours Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya Mohd Firdaus Ahmad, 38, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.
Syarikat itu dan Mohd Firdaus masing-masing berdepan dengan empat pertuduhan gagal mematuhi award TTPM.
Perbuatan itu dilakukan di Pejabat TTPM di sini pada 14 April 2023 dan pertuduhan mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) dan jika sabait kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhana Mohd dan Pegawai Pendakwa Sallim Wahid daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) manakala syarikat itu dan Mohd Firdaus tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 9 April ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.
Terdahulu, Suhana menawarkan ikat jamin RM2,000 bagi setiap satu pertuduhan kepada tertuduh tetapi mahkamah menetapkan RM5,000 untuk empat pertuduhan yang dihadapi oleh Mohd Firdaus.
"Kita juga mohon pengarah ini melapor diri di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Putrajaya sekali setiap bulan," kata Suhana dan permohonannya dibenarkan Irza Zulaikha.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024

Syarikat Persada Oasis Travel & Tours Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya Mohd Firdaus Ahmad, 38, mengaku tidak bersalah. - Gambar hiasan

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.

Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC
Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Syarikat pengendali umrah, pengarah didenda RM18,000
Sebuah syarikat pengendali pakej umrah dan pengarahnya didenda RM18,000 di Mahkamah Majistret hari ini.

Bekas ejen agensi pelancongan dituduh tawar pakej umrah tanpa lesen sah
Seorang bekas ejen agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pakej umrah tanpa lesen sah, dua tahun lepas.

Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.

Pembiayaan pakej umrah bagi rakan pemandu Grab diperkenal
Pelancaran awal pembiayaan berkenaan bermula hari ini bagi tempoh perjalanan mulai Ogos dan November depan.

Lagi syarikat pengendali pakej umrah, pengarah didakwa gagal patuhi perintah award TTPM
Sebuah syarikat pengendali pakej umrah dan seorang pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Syarikat pengendali umrah, dua pengarah didakwa gagal patuh award TTPM
Emraz Travel & Tours Sdn Bhd diwakili dua pengarah berkenaan yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Datuk Zulkarnain Endut, 43, dan Datin Mazuin Mustafa, 43.

Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah tipu urusan umrah
Muzzamil Soliheen Musa, 47, didakwa menipu seorang lelaki berusia 53 tahun hingga mendorong mangsa menyerahkan wang sejumlah RM115,030.

Kes tipu pakej umrah: 2 pengarah Emraz tak hadir mahkamah, cuti sakit
Emraz Travel & Tours Sdn Bhd, Zulkarnain dan Mazuin, berdepan 51 pertuduhan berkaitan kes penipuan pakej umrah sebanyak RM503,221.