ISTANBUL: Kecerdasan buatan (AI) digunakan untuk membantu mencipta "lagu Beatles terakhir," yang djangka dikeluarkan akhir tahun ini, kata pemuzik legenda dan bekas anggota Beatles Paul McCartney.
"Apabila kami mahu menghasilkan lagu Beatles terakhir, ia adalah demo milik John (Lennon) yang kami usahakan," pemuzik berusia 80 tahun itu memberitahu BBC Radio 4 pada Selasa, merujuk kepada mendiang yang meninggal dunia pada tahun 1980.
"Kami baru sahaja menyiapkannya dan ia akan dikeluarkan tahun ini.Kami dapat mengambil suara John dan menjadikannya tulen melalui AI, jadi kami boleh mencampurkan lagu itu, seperti yang biasa anda lakukan.
"Terdapat sisi baik dan kemudian sisi yang menakutkan, kita hanya perlu melihat apa yang membawanya," lapor Agensi Anadolu memetik pemuzik ikonik itu.
Walaupun McCartney tidak mendedahkan nama lagu itu, menurut BBC, ia berkemungkinan lagu gubahan Lennon pada 1978 berjudul 'Now And Then'.
Gubahan itu sudah lama dianggap sebagai potensi "lagu reunion" The Beatles semasa kompilasi album Anthology pada 1995, katanya.
Beliau memperoleh demo setahun lebih awal daripada balu Lennon, Yoko Ono, kerana ia adalah satu daripada beberapa lagu pada kaset yang ditandakan "Untuk Paul" yang Lennon buat sejurus sebelum kematiannya pada 1980.
McCartney mengumumkan The Beatles telah berpecah secara rasmi pada tahun 1970, sebelum kumpulan itu mengeluarkan lagu ikonik Let It Be.
Pada tahun 1980 Lennon kembali aktif apabila dia mula menulis lagu dan merakam album dengan Ono, Double Fantasy. Beberapa minggu selepas pelancaran album, Mark David Chapman, menembak mati Lennon di hadapan pangsapurinya di New York City.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
The Beatles telah berpecah secara rasmi pada tahun 1970, sebelum kumpulan itu mengeluarkan lagu ikonik Let It Be. - Fail/AP
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Pada usia 81 tahun, kekayaan Paul McCartney bernilai RM6 bilion
Kekayaan McCartney dan isterinya Nancy bernilai 1 bilion pound (RM5.95 bilion) iaitu meningkat daripada 950 juta pound (RM5.7 bilion) pada 2023.
Lagu terakhir Beatles disiapkan dengan bantuan AI
Kecerdasan buatan (AI) digunakan untuk membantu mencipta "lagu Beatles terakhir," yang djangka dikeluarkan akhir tahun ini, kata pemuzik legenda dan bekas anggota Beatles Paul McCartney.
BTS dominasi carta Billboard 200 dengan album 'BE'
'BE' menduduki tangga pertama susulan terjual 242,000 unit yang setara dengan album di Amerika Syarikat pada minggu pertama album tersebut dikeluarkan, menurut data Nielsen Music.