Seorang anggota polis adalah antara lapan orang yang didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.
Anggota polis tersebut. Koperal Hassan Ali Basri didakwa di tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Manakala, tujuh warga selatan Filipina pula didakwa atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.
Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.
Lima tertuduh didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Seorang lagi tertuduh menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 121, 130KA dan Seksyen 130E iaitu merekrut orang sebagai ahli kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda dan Seksyen 130K iaitu melindungi orang yang melakukan perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan.
Seorang lagi tertuduh pula menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 130KA.
Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Sabah Jamil Aripin dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar.
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Acara Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau.
Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.
Malah, kes Kpl Hassan Ali Basri juga dipindahkan ke Mahkamah Tinggai Tawau.
Ini menjadikan sehingga hari ini 16 orang didakwa di mahkamah.
Pada 20 Mac lepas, lapan warga Filipina didakwa di tempat sama mengikut Seksyen 121 dan Seksyen 130KA dan sehari selepas itu kes berkenaan disebut di Mahkamah Tinggi Tawau.
Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi 12 April ini bagi mengetahui perkembangan perbincangan Peguam Negara dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat guaman yang akan diberikan kepada tertuduh.
Bernama
Mon Apr 01 2013
![Lahad Datu: Anggota polis berpangkat Koperal antara yang didakwa Lahad Datu: Anggota polis berpangkat Koperal antara yang didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/51364825607_295x200.jpg)
![Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737449983_TanSriAzamBaki.jpg)
Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
RMHC Malaysia rasmi rumah RMH ketiga, bantu 4000 keluarga sejuak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
Bakal haji diwajibkan suntik vaksin Meningococcal
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618148_RahmadMariman.jpg)
MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat dakwaan berhubung seorang wanita gagal mendapatkan bantuan daripada agensi itu sehingga terpaksa berlindung di sebuah surau.
Pemandu kereta buat pusingan dari pagi ke malam hidap Skizofrenia
Pemandu kereta Axia putih yang dikatakan membuat pusingan beratus kali di bulata Majhkota, Kluang, Johor yang tular dalam media sosial disahkan mengalami skizofrenia.
![192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution 192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739618005_SaifuddinNasution.jpg)
192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
AWANI Borneo [15/2/2025] – Tawar harga tiket berpatutan| Bukan tiada sumber air| Tepis spekulasi
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya.
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739617940_ZambryAbdulKadir.jpg)
KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
![Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739182022_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.
![Op Lintas: COO syarikat konsesi lebuh raya, pengurus syarikat bakal dihadap ke mahkamah - Azam Baki Op Lintas: COO syarikat konsesi lebuh raya, pengurus syarikat bakal dihadap ke mahkamah - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733744939_tbAzamBaki.jpg)
Op Lintas: COO syarikat konsesi lebuh raya, pengurus syarikat bakal dihadap ke mahkamah - Azam Baki
SPRM telah mendapat keizinan daripada pihak Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa dua individu berkaitan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.
![Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734173507_YoonSukYeol.jpg)
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
![Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713749374_TBkestembakKLIA.jpg)
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
![Muhyiddin didakwa di mahkamah hari ini Muhyiddin didakwa di mahkamah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678333199_MuhyiddinYassin.jpg)
Muhyiddin didakwa di mahkamah hari ini
Difahamkan sejumlah tujuh pertuduhan akan dibuat ke atas bekas Perdana Menteri itu.
![Pelakon popular didakwa di mahkamah pagi ini Pelakon popular didakwa di mahkamah pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671787010_MahkamahSesyenKL.jpg)
Pelakon popular didakwa di mahkamah pagi ini
Pelakon berusia 38 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
![Pegawai AADK dituduh sebabkan kematian Pegawai AADK dituduh sebabkan kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632196448_AADKBunuh.jpg)
Pegawai AADK dituduh sebabkan kematian
Mahkamah menetapkan 20 Oktober depan untuk tarikh sebutan semula kes serta serahan laporan forensik dan kimia.
![Penolong pengurus didakwa buat hantaran jelik di Twitter Penolong pengurus didakwa buat hantaran jelik di Twitter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626585586_penolongpengurus.jpg)
Penolong pengurus didakwa buat hantaran jelik di Twitter
Mohamad Arif didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran satu komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
![Wanita dakwa dirogol polis ketika dalam tahanan dihadap ke mahkamah edar dadah Wanita dakwa dirogol polis ketika dalam tahanan dihadap ke mahkamah edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623731317_IBUTUNGGAL.jpg)
Wanita dakwa dirogol polis ketika dalam tahanan dihadap ke mahkamah edar dadah
Seorang wanita yang mendakwa dirogol pegawai polis ketika dalam tahanan dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengedar dan memiliki dadah.
![Lima individu didakwa culik dan bunuh di Ipoh Lima individu didakwa culik dan bunuh di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623394786_PesalahDidakwa.jpg)
Lima individu didakwa culik dan bunuh di Ipoh
Lima individu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan menculik dan membunuh seorang lelaki bulan lalu.