KUALA LUMPUR : Laksamana Madya Datuk Roslan Mohd Yunus dilantik sebagai Komander National Task Force (NTF) yang baharu.
Majlis penyerahan tugas beliau disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT) Jeneral Tan Sri Affendi Buang di Wisma Pertahanan di ibu negara pada hari ini.
Penyerahan tugas ini bagi menggantikan Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah yang bakal bersara esok, selepas mencurahkan bakti selama 42 tahun bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menurut Affendi, Roslan sebelum ini berkhidmat sebagai Panglima Wilayah Laut 2 Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpusat di Sandakan, Sabah.
"Mengimbas kembali penubuhan NTF, Perdana Menteri ketika itu telah menurunkan mandat untuk memperkasakan kawalan sempadan negara dari kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam negara," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ujar beliau lagi, antara peranan penting yang dimainkan oleh Komander NTF terdahulu, adalah dengan mengetuai NTF dalam pelaksanaan Operasi Benteng atau Op Benteng selaras dengan arahan pemula daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Katanya, peranan ini terus dibuktikan dengan kejayaan mengawal sempadan negara dari kemasukan pendatang asing yang terus menunjukkan pengurangan dari semasa ke semasa.
"Selain kejayaan memperketatkan kawalan sempadan, NTF juga berjaya menjadi pemudah proses kerja setiap agensi dalam mencapai misi yang diamanahkan.
"NTF juga berjaya menyelaras perkongsian maklumat perisikan antara agensi yang terlibat melalui pasukan petugas risikan bersama dan mengkoordinasikan perolehan logistik semua agensi terlibat.
"Dengan pengalaman dan keperibadian tinggi yang dimiliki oleh Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan, beliau telah berjaya menyatukan kesemua 19 agensi keselamatan dan penguatkuasaan menjadi sebuah pasukan yang telah dapat merealisasikan hasrat negara dengan lancar dan berkesan sehingga ke hari ini.
"Tugas untuk menyatukan 19 agensi di bawah satu pucuk pimpinan bukannya satu tugas mudah memandangkan setiap agensi mempunyai latarbelakang dan budaya kerja yang berbeza.
"Kesepaduan ketiga-tiga komponen darat, laut dan udara di bawah NTF juga berjaya melaksanakan Op BENTENG secara optimum dengan menggunakan aset sedia ada tanpa mengganggu operasi sedia ada," jelasnya lagi.
Beliau turut berharap pelantikan Roslan dapat memastikan kesinambungan kejayaan Op Benteng sehingga MKN bersedia untuk mengambil alih operasi dari NTF seperti yang dijadualkan iaitu pada 30 Jun depan.
Nickyson Nyambar
Wed May 18 2022

Laksamana Madya Datuk Roslan Mohd Yunus kini memikul tugas besar dalam mengkoordinasikan pasukan keselamatan di sempadan negara. -Gambar Fail

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.

Laksamana Madya Datuk Roslan Mohd Yunus dilantik Komander NTF baharu
Penyerahan tugas disaksikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang di Wisma Pertahanan hari ini.

Suasana lebaran berbeza, ATM tetap komited galas tanggungjawab - Panglima ATM
Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata semangat para tentera kekal utuh meskipun tidak dapat pulang beraya bersama-sama keluarga di kampung halaman masing-masing.

Dr Wan Azizah ucap tahniah kepada Panglima ATM baharu
Affendi, 57, menggantikan Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang bersara wajib pada Khamis.